Wednesday, January 26, 2011

Jualan Gudang 2011 ~ 20 Hingga 30 Januari~

Assalamualaikum semua...

Beberapa hari ni saya tak sempat nak update, sibuk dengan event. Sekarang ni tengah buat jualan gudang dekat office. Nama sy pun ada dalam jadual. So masa banyak habis kat bawah khemah bersama buku-buku. duit pun banyak habis sebab beli buku. tapi rasa puas bila tgk buku bersepah-sepah kat rumah. Tahun ni sambutan untuk jualan gudang kurang memberangsangkan. Tak tahu la kenapa. Nak kata kami tak buat kerja, semua dah ok. Kalo tak buat kerja tak jalan la event ni. Ada masalah lain di pihak pengurusan kot. Dua tiga hari ni tersangat la boring. Orang tak ramai, tak tahu la kenapa. Weekend ni diorang nak panggil Upin Ipin, tapi dengar2 tak jadi sebab mahal sangat..Macam-macam hal la. Kesian orang yang handle ni la. Tp harap Event ni berakhir dengan baik la.


kadang2 kelam kabut bila tgk org beratur panjang




muka2 cashier




Wednesday, January 19, 2011

~L RoN HubbarD~ PNM

Hari ni pagi2 lagi kelam kabut di office menyiapkan apa yang patut sebelum ke Perpustakaan Negara untuk Majlis Memperkenalkan Karya Sains Fiksyen L RoN BuBBard. Pukul 10.30 pagi bergegas ke PNM untuk rehesal majlis petang nanti..Sangat penat melayan event yang tak pernah nak habis. Esok cuti, bestnyer. Nak tdo puas-puas.

Saturday, January 15, 2011

~KHURAFAT

~ Khurafat, nak sangat tengok...akhirnya di satu malam kami pon pegi la. actually da book tiket awal, tp terlambat sampai, tiket yang kami book tu pon dah xpired. So kena la beli mana yang ade. fuhhh sib baik ader tempat duduk yang cantik!!!.Start jer cerita, ader sorg kawan tu dah mula tutup2 muka ngan tangan. tak cukup tangan dia, sweter sy pon dia nak masuk.cey cey cey cakap pasal org , sy plak memang dah jadi style tgk citer hantu tutup ngan jari jemari ku yg cantik ni..tgk celah2 jari jer lah. kalo tv ok nak tgk celah2 jari tp tgk wayang tak boleh la skrin besar sgt..Sound dia pon kuat, tp memg best. Punya la tak selesa duduk sampai nak terjatuh jer, menggelonsor. Khurafat ni, bila siang lega sikit, tp bila malam jer aduh!!! keluar la jari2 ku. kejap2 malam..sampai budak laki yang kat belakang kitorg cakap bila la nak siang ni...mau sakit jantung mcm ni..baru separuh cerita, rasa penat sgt tgk..rasanya sy banyak dengar dari tengok. kalo ader peluang nak jgk tgk sekali lagi...yer la tu. Aper2 pon sape tak tgk lagi kena pegi sebab seram dia tu boleh tahan la..ketar lutut jgk la masa nak bangun dari sit..


   scene ni saya tak tengok pon, dengar jer.

Wednesday, January 5, 2011

Stock Take

Bermula Seawal jam 9.30 pagi, kami berkumpul mendengar taklimat dari En. Farid. Selepas bacaan doa bermula la sesi pengiraan stok. macam2 ragam kawan2 pada hari pertama ni. yang best nyer, makan 3 kali disediakan. Bina badan la jawabnyer...






Penat memang penat tapi seronok. Macam-macam kerenah saya jumpa dalam 3 hari ni. Program mcm ni dapat eratkan silaturahim Actually. Lepas ni kena buat banyak2 program mcm ni. P takley slaloo jugak t keje lain tak jalan.