Saturday, August 13, 2011

Sendirian~

13 Ogos 2011 Bersamaan 13 ramadhan..
Berbuka puasa sendirian di rumah bujang..
Begini lah perasaan orang tua yang hidup sendirian di kampung.
Resah di dada tak siapa pun tahu. Semoga mak sentiasa sihat dan dilindungi Allah




Berbuka hari ni saya makan buah kurma tiga biji dengan sandwish tambah air 
kopi mak dara segelas. Sudah cukup untuk mengisi perut.
 Bukan tak mampu nak makan lebih dari itu, cuma saja nak makan sesuatu yang ringan. 
Rasa nak makan kueh yang manis, tapi petang tadi hujan nak keluar gi bazar pun malas, 
lagi pun sorang-sorang. Wan balik klang menyimpul..Lauk dalam peti ais ada lagi, 
ikan dengan ayam ada lagi, tapi tak rasa nak makan nasi. 
Nak makan bihun rasa macam muak sebab sepanjang puasa ni 
saya makan bihun sup, bihun tom yam. Tu la menu yang saya duk ulang-ulang. 
Roti ada lagi saya bakar jer la. Lepas tu saya masak sayur sikit 
agak-agak untuk 3 keping roti. Berbuka sorang tak perlu lah 
nak masak banyak nanti tak habis membazir pulak.



Saya masak sayur campur sengan daging ayam cincang 
dan juga udang yang saya cincang halus. 
Saya rebus sampai masak bersama dengan sayur bagi lembut. 
Bila dah masak saya toskan airnya kemudian 
saya gaulkan bahan tadi dengn cili kering wan faizatul yang telah 
dikisar oleh wan faizatul di kampung.Bila dah rata saya gaulkan dengan mayonis...
Sementara tunggu masa berbuka puasa saya simpan bahan 
yang dah siap tadi dalam peti ais, bagi rasa sejuk-sejuk sikit baru sedap. 
Bila makan memang la sedap.. buat sendiri sape nak puji, 
puji diri sendiri la..Tapi memang sedap tau dah layak kawen hehehe. 
tiap2 hari bagi makan sandwish. Saja gurau2.


Selepas berbuka saya solat maghrib. 
Dah siap solat baru la ada housemate balik. 
Baru balik kerja. Lepas tu saya buat rutin harian 
masa zaman sekolah sampai la sekarang. 
Selesai bertadarus terasa kelaparan la pulak. 
Tadi masa berbuka saya makan dua keping sandwish 
tu pun dah rasa muak. saya minum air masak jer la. 
nanti lepas isyak la sambung makan.



Selepas solat isyak saya buat terawih 20 rakaat. 
Alhamdulillah selesai semua saya lepak depan TV sambil makan. 
Hampir pukul 10.30 saya masuk bilik layan TV 
kat dalam bilik sambil layan blog. 
saya ni terlalu mentah dalam penulisan blog, 
masih bertatih kata orang.
saya taip jer apa yang keluar di fikiran dan apa yang saya rasa..
Esok macam mana la pulak hidup saya. 
Masih berbuka sorang atau berdua 
atau bertiga kita tak tahu.
~Wallahualam.~

Berbuka Puasa Bersama ^_^


Majlis berbuka puasa ini diadakan di KFC Jusco Maluri 
Pada 9 Ogos 2011 bersamaan 9 Ramadhan.
Sepatutnya kami janji nak buka sama-sama sehari sebelum tu, 
tapi ada kekangan sikit so 
terpaksa di tunda ke keesokan harinya..



Ayie mengidam nak makan KFC pulak bulan-bulan puasa ni, 
so apa salahnya kan bukan selalu pun. 
Awal ayie sampai, kat tengah jalan kami dah nampak ayie dalam KFC..
kena coop tempat awal2 kalo lambat jawabnya bersila kat luar la.



Habis 'diet' yang yang yok oja, 
makan nasi ngan ayam. 
Konon diet la..hohoho


Sebelum beratur nak order, wan dengan ayie duk kira2 nak makan ape!!
banyak betul bila dah order mula la 
kenyang la, tak sedap la, daging la..hehe


Sambil2 makan sempat lagi kami merakamkan detik bersejarah ni.
Dalam kami duk snap-snap tu ada pulak orang duk pandang-pandang...
saper lagi orang yang mata keranjang la suka pandang orang. 
Bulan puasa pun sempat lagi jaga tepi kain orang,
tu makwe kat sebelah kalo makwe kat umah tak tahu la...
tak hensem pun sebab wan buat muka. 
Kalo hensem takda la menyampah macam tu. 
Mau tak menyampah orang amik gambar dia duk pandang2 
pastu gelak2...Saja cari pasal la tu...Sabo2, puasa..puasa ker??? ; P



Lepas makan dan solat, wan buang tebiat nak main game. 
Ape lagi, ayie sukacitanya merosakkan reputasinya 
sebagai jejaka 'suci' dengan main game kereta bersama wan. 
kelakar, sebab tak penah main berpusing2 kereta ayie. 
Mesti lepas ni kalo pegi JJ maluri ayie nak main lagi 
sebab tak puas hati, first time main keta tak bergerak, 
asyik berpusing jer..Sampai game over...kikiki.


Ni mainan kanak-kanak, saja la buat perangai kanak2. 
Nak kosongkan fikiran.



Oja main ke tu...eleh saja jer tu mengada-ngada, 
ayie je yang main, dia melawa je kat situ...
Kami ni kalo dah jumpa tak mengarut tak sah, 
tu yang seronoknya. Sebelum habis Ramadhan ni kami nak masak pulak
untuk bukak puasa. Nanti boleh ajak sape-sape yang sudi.

Thursday, August 11, 2011

Corat coret D Kampung~

Cucu dengan selambanya order selipar dengan tok dia..
ishkishkishk budak zaman sekarang.

Ni abang Ain abg ipar saya~

Dua beradik yang tak serupa, p sama-sama shanteeek..

My sis, kak Lieyna A.K.A Roslina

:)

Bersungguh-sungguh nampaknya, apa yang di buat oleh tiga beranak nih!!! kecik-kecik dah pandai ngadap laptop. kepala kat situ, abang iyad la. Di sentalnya laptop abi dia buat main game. Adik imran pun cerah biji mata. Makwe yang sweet tu nama dia juma iyah a.k.a Zumaiyah atau lebih manja dengan panggilan adik uma..Sangat suka bercakap dan menyampuk bila orang tua bercakap termasuk la kakak-kakak dia. mengamuk zuraini bila adik dia lagi cerdik dari dia...hehe. Tu la dapat berkumpul sesekali seronok rasanya.

Lafaz yang tersimpan~

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Thursday, August 4, 2011

ISLAM TELAH MENGGARISKAN BEBERAPA CIRI BAKAL SUAMI DAN BAKAL ISTERI YANG DITUNTUT DI DALAM ISLAM.

Ciri-Ciri Bakal Suami
  • Beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
  • Seorang yang bertanggungjawab
  • Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
  • Mempunyai ilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak
  • Tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
  • Rajin bekerja.
  • Berasal dari keturunan yang baik
Ciri-Ciri Bakal Isteri
  • Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
  • Rupa paras yang sedap mata memandang
  • Menentukan mas kahwin yang rendah
  • Wanita yang subur
  • Masih dara
  • Berasal dari keturunan yang baik-baik
  • Tidak memandang harta semata-mata
Masih adakah ciri-ciri yang tersebut di atas dalam diri kita, layakkah kita untuk mereka. Sama-sama la kita muhasabah diri.
Nur Kasih~

Bagaikan permata di celahan kaca
Kedipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan ketepaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih

Ya Allah…
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya…

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Kini Menjelang Tiba

Ramadhan datang lagi!!!

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah Taala untuk bertemu ramadhan.
Hari ni 4 Ramadhan, 4 hari Umat Islam berpuasa.

Di bulan yang mulia ni banyak perkara perlu kita semua jaga, jaga mata, jaga mulut, jaga hati dan sebagainya. Kita ni selalu leka, Kalo tak jaga semua tu, kita tergolong dalam golongan yang sangat rugi.

Hidup bujang seperti sy ni takda apa-apa yang menarik di waktu berbuka puasa, hari pertama puasa rajin la masak, sekarang ni dah masuk 4 hari bazar la jawabnya.

Bagi melengkapkan lagi bulan ramadhan ni, sy akan ambil kesempatan ni untuk balik kampung di Terengganu berbuka puasa bersama keluarga. taknak tunggu lama-lama, sy akan balik esok bersama Puan Roslina sekeluarga.