Monday, February 27, 2012

Outing GH~



Bertolak dari pudu pada jam 0830 pagi, wan terpaksa gerak pukul 0900 pagi sebab ayie & jik lambat..Bas dah tak sabar-sabar nak gerak. Tapi sebelum naik skyway saya & wani tunggu diorang sampai. Sama-sama baru la seronok.

Sambil-sambil menunggu diorang, saya sempat call seseorang, dan bersembang..hehehe tak reti nak sembang ape, boleh plak mcm tu. cukup la sekadar mendengar suara..huahuahua.

Dengan menggunakan pas masuk RM50.00 kami merayau-rayau ke tempat permainan Outdoor. Snap-snap gambar sangat la seronok..Saya rasa akan lagi seronok kalau orang yang saya harapkan ada bersama. Tapi tak dapat la, diorang semua sibuk memanjang.

So, saya wan, wani, ayie & jik saja la yang pergi. Kami tak sempat main semua permainan sebab masa pun tak cukup. Saya ni lagi la terkena penangan Roller Coster sampai semua mainan pun dah tak boleh nak main..jadi ketar lutut gigil satu badan. Tapi yang lain-lain masih mampu bertahan. Kami pergi hari minggu, orang agak ramai jadi nak main ape-ape kena tunggu turn.


 Aksi spontan dalam cabel car

 with Ayie

 Kat Genting Pom ade wayang

Kalau jatuh ni masak ni~





 Menunggu Bot yang tak sampai-sampai

 Kita panjat bukit dulu



 Panjangnyer leher dia

 Sempat lg dia peace







 Cuba cuba tak beli bagi tokey kedai bengang hehe

sweet jer, ape la yang kelakar tu dah lupa~


Trip kali ni memang sangat-sangat best, lain kali nak pergi lagi sebab ramai yang dengki~hehehe.

Selamat Hari Lahir Oja!!!!

Selamat hari Lahir yang ke 26 tahun untuk Oja, cepatnya masa berlalu sampai tak sedar angka dah berganjak ke 26. Kadang-kadang terasa takut sendiri mengenangkan usia sekarang..Hehehe tapi apakan daya masa takkan mungkin boleh di undur kembali. Befday ke 26 ni kami sambut di Jusco Maluri. Pada mulanya saya sendiri tak dapat tangkap kemana la wan nak bawak sebab keluar jer dari kawasan rumah dipusingnya roundaboud sampai 2 kali sampai saya lost. Tak sure laluan mana ia ikut. Mata saya Pulak di tutup.. Thanks kawan-kawan ini kali pertama saya di beri kejutan seperti ini..

Walaupun malu sekejap sebab kena tutup mata, saya sangat berterima kasih kepada kawna-kawan yang menghargai dan mengingati hari saya ni. Thanks juga sebab ingat date ni. Kepada kawan-kawan yang lain thanks jugak sebab wish & ingat befday oja.. Doakan yang terbaik untuk saya.

 Saat mendebarkan, ape la nak jadi lepas ni~

 ermmm bau ayam goreng sedapnyer, lambat la diorang ni lapo plak rasa

 Ada orang amik gamba saya la, malunyer rasa macam artis hehe

 Ape la Pn. Ain duk fikir tu sengeh sorang2~

 :)



 Peace~




Kelantan vs Harimau Malaya

Untuk kali ke berapa saya sendiri pun dah tak ingat kami berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Tapi bersama kawan ramai-ramai ni first time. Best jugak ade geng. Dapat pulak geng kelantam hehehe.

Stadium penuh dengan penyokong kelantan, penuh dengan warna merah dan sangat la meriah sebab diorang sangat bersemangat bila melibatkan pasukan negeri kelantan..

Tapi dukacita malam kejadian kelantan kalah teruk, dan penyokong kelantan tetap bersemangat sebab perlawanan persahabatan dengan team Malaysia..

Sambil-sambil tengok ore main bola tu sempat lagi kami snap-snap tangkap gambar.



 with mama ain







Happy Birthday 2 U Dear~

Selamat Hari Lahir kepada my BFF Wan Faizahtul yang ke 25 tahun (29 Disember 2011). Alhamdulillah masih di kurniakan dengan kesihatan yang baik walaupun masih belum bertemu jodoh hehehe. usia bertambah, kedut di muka pun turut bertambah..hehehe tapi saya still young. Kali ni kami buat surprise untuk wan dekat Restoran Santai Tasik Permaisuri.. Meriah & seronok..Ada bersama malam kejadian Bff Wan Norhazwani & Bff Aminatul Aiman~

tiup jangan tak tiup

 Comey2 Blako Anak sapa la ni hehe~

Dapat kat oja habis hancur kek

 Selamat Hari Lahir Dear~

 peace (^_^)

Wednesday, February 22, 2012

Makan-makan Isi Perut

Assalamualaikum.. dah agak lama menyepi sebab kekangan waktu, masa yang ada sedikit ni saya nak gunakan untuk share something dengan kawan-kawan. Saya kuar makan-makan dengan kawan-kawan, Pn. Aminatul & En. Asyraf Belanja sebab kami dapat berita gembira, kami bakal dapat anak buah...hehehe bahagia sungguh rasanya. Saya pun tumpang sengeh sampai ke telinga. Harap semuanya selamat.




Comey :-)

Kuat makan betul diorang ni kekeke~

sememeh jer ni kenapa u????~

Cover macho ke bang~


Monday, February 6, 2012

Andai Dikau Bukan Milikku..

Bukan mudah untuk menyayangi dan menyintai seseorang, bukan mudah juga untuk menambat hati seseorang.....Kadangkala hati akan terluka dek kerana cinta yang tidak kesampaian. Begitu juga perasaan, sukar untuk melupakan bila hati sudah tertambat. Lidah kelu untuk berbicara, segala-galanya seperti tidak kena. Hidup perlu diteruskan untuk perjuangan yang lain.. Andai awak bukan untuk saya, cukup la untuk saya melihat awak bahagia..

Kita akan tetap menyayangi seseorang itu, walaupun kita tidak dapat bersama sehidup semati dengannya. Biarlah dia memilih jalan hidupnya.

Saya tumpang gembira untuk mereka yang saya sayang. Semoga kamu bahagia hingga akhir hayat (^_^) 


Hanya ini yang termampu~