Sunday, April 29, 2012

LeseN MemanDu


Akhirnya sesuatu yang paling sy idamkan dah pun menjadi kenyataan. Kat sini saya nak share dngan kawan-kawan semua lesen memandu yang saya dapat ni. Mungkin semua orang dah dapat lesen kereta lama berzaman kecuali sy, hehehe takpa.. saya rasa macam satu perjuangan saya dah selesai. Tinggal beberapa saja lagi yang masih belom selesai.. Antaranya nak dapat kereta sendiri, nak kawin dan lain2 hehehe. Saya belajar kereta saja memakan masa 14 jam, waktu asal 8 jam saya tambah lagi 8 jam tapi sy cuma sempat belajar selama 6 jam. Lagi 2 jam dah tak sempat sebab dah book tarikh test. 



Saya mengambil masa selama 2 bulan untuk habiskan lesen ni, Betapa perasaan dalaman saya yang menyatakan TIDAK tu menggangu. Sehinggakan saya menjadi takut dan terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk dapatkan semangat semula. Belajar kereta bertemankan cikgu disebelah takda masalah, bawak kereta macam samseng. Tapi bila saya memikirkan test, jadi gerun jer..tak tahu la kenapa sampai macam ni skali.

Memandangkan Cikgu memandu saya dah booking tarikh untuk test JPJ dan abang ipar saya duk tanya-tanya cikgu memandu saya ok ke tak, terpaksa la saya kumpul semangat untuk test JPJ.. Tiba la hari yang telah ditetapkan. Saya dapat nombor giliran awal, nombor 9 tapi disebabkan saya lewat, jalan jem so terpaksa la tunggu round ke 2.. kalau ikutkan pukul 9 dah siap agaknya. ni pun sebab tunggu sekejap pukul 11pg saya dah siap. Round pertama saya kena buat bukit, then parking n last tiga penjuru.

Buat parking ok la sebab kereta tak mengundur dan bergerak dengan jayanya.. bila dah habis bukit saya perlu ke pondok  JPJ bukit untuk tandatangan borang, masa keluar kereta tiba-tiba kaki lutut saya gigil. Subahanallah, masa tu jalan jer menonong pergi dulu tandatangan, then masuk semula dalam kereta untuk buat parking, masa tu saya terasa gigil saya makin teruk. Sampai tekan minyak tak terasa, kebas jer badan. Buat parking serba tak kena, macam tak jadi tapi masuk..Bertambah gigil bila kakak depan saya tiba-tiba pengsan. Agaknya dia terlalu gemuruh kot tambah-tambah cuaca panas. Adussss, kenapa la macam ni tak pernah saya berkeadaan macam ni. Teruk betul nasib baik takda darah tinggi kalau tak dengan saya-saya skali pengsan agaknya. hehehe Alhamduliillah saya lulus dalam litar, 

Kemudian tunggu turn atas jalan raya plak, walaupun saya rasa macam ada part yang sepatutnya saya failed, tapi nak dijadikan cerita saya lulus rezeki Allah taala la tu. Dah habis jalan raya pun gigil tak hilang lagi. Teruk betul rasa kali ni. Kat jalan saya releks sikit tak la gemuruh macam kat dalam litar. Mungkin saya tengok JPJ tu releks jer buat tak tahu jer kat saya. Kejam betul saya cakap sorang-sorang. Agaknyer saya ni comey kot dia bagi lulus..ermmmmmmm nanti fikir balik betul ke??? isk takkan la.huahuhuahua.

Ada rakan ofis yang tahu saya baru dapat lesen, ada yang cakap kau oja, nampak berkaliber, vok, debom, korporat tapi baru dapat lesen...tak sangka dalam hati ada taman, hehehe.. Memang pom, bukan senang saya nak kumpul semangat. Saya rasa satu perjuangan saya dah selesai Syukur kehadrat Allah Taala. Akhirnya saya dapat lesen memandu. Lesen besar terus sebab lesen Moto dah lama lebih dua tahun. Takda P la..

Alhamdulillah =)..InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, dalam masa terdekat ni ada la kereta. hehehe tak sangka teruknya saya ni.. Tapi yang penting saya dah dapat hehehe. satu kejayaan yang saya rasa saya patut share dengan semua orang..Wan Faizatul mesti bangga dengan saya kan???.




Thursday, April 26, 2012

Jalan-Jalan Tukar Angin

Trip ke Terengganu kali ni sangat la bermakna sebab saya berjaya bawa my Bff Cik Wan Faizahtul menjejakkan kaki ke bumi Terengganu yang tercinta dan dah lama ditinggalkan sejak tamat belajar dulu. Last jejak kaki agaknya masa konvokesyen. Wan pun nampak seronok sebab tak payah drive hehehe. Kami balik Terengganu dengan kereta jugak cuma kali ni kami pasang driver... En Pulan dengan bangganya ajak kami tumpang dia. Kecik tapak tangan, higway kami tadahkan hehehe. Thanks En. Pulan..nanti saya bagi upah jeput pisang deh ~


Kak da, bakal pengantin baru yang makin sihat..orang bahagia, senang hati.


Dik ANIS pun makin berseri-seri...tengah tunggu turn kenduri..Make sure jangan bertembung, kalau tak susah la mak nak susun jadual.


Cik siti dah dapat 'baby' sendiri dah sekarang. hehehe kalo pergi teganu boleh tumpang la~


Lepas duk posing-posing kat Pantai Batu Buruk ni, kami ke Masjid Ladang untuk solat Magrib. Cadangnye lepas solat nak pergi makan. Ye la dah lama tak jumpa alang-alang jumpa tu duk sembang lama sikit la.



Gosip ape tu ~ sambil-sambil tunggu Zul & jik sampai kami order makan dulu. Lambat betul diorang ni. Bersiap mengalahkan anak dara.


Kami ke' ICT' Terengganu dekat area Kg Cina. cantik jugak walaupun lampu yang ada tak sebanyak lampu icty Shah Alam.. Kami duk posing sambil sembang agak lama jugak. Pukul 10 baru balik.




'Remy Ishak' versi teganu ~hehehe. Ade ke ermmmmm






















Saya dengan wan bermalam kat rumah Anis. First time sy tidur rumah anis. Sangat seronok gathering kali ni walaupun masa sangat singkat dan mencemburui kami. Tapi takpa la dah dapat jumpa pun dah ok. InsyaAllah next month kami akan ke Terengganu lagi. Malam ni jugak suhada ambil kesempatan untuk jemput kami ke majlis kawin dia pada 26 Mei 2012. InsyaAllah kalau tak ada apa-apa halangan kami sampai. Then time tu boleh la jumpa lagi kawan-kawan. TQ kepada semua yang sudi jumpa kami, En. Zul, En Roziz, Cik Suhada, Cik Siti, Cik Anis dan tak lupa tq kepada cik wan sebab sudi ikut saya balik kampung. Nasib baik ada kawan nak teman =)

Monday, April 23, 2012

Hot Air Balloon (^_^)


Assalamualaikum w.b.t. pertama kali saya ke festival belon panas ni sangat menyeronokkan dan menarik. Teruja tengok belon besar depan mata, kalau naik belon lagi la seronok. Kami pegi dah petang sebab sebelah paginya saya, wan , wani & Zura ke Wangsawalk.. Dah lama tak karaoke saja la lepas gian. Hehehe puas dapat jerit kuat-kuat takda orang nak marah. 

Bertolak ke Putrajaya dalam pukul 4 petang, jalan agak clear, tapi jalan start jem bila sampai kat jambatan Putrajaya. Tak susah cari parking sebab dah ada orang block parking untuk kami. Bersama Pn. Aminatul, En Asyraf, En. Azihan dan lg dua orang sahabat AG n Ehsan kami pusing-pusing cari posisi menarik untuk menonton. Masing-masing bawak kamera canggih keje nak snap-snap jer la. 

Ain nak naik belon tapi tak kesampaian sebab tiket dah habis. Ingatkan orang start jual petang. Rupanya kena dapatkan kupon dulu di sebelah pagi then sebelah petang tebus tiket dengan harga RM10. Tersangat la murah, memang sangat rugi tak dapat naik. Penganjur buka 300 tiket sahaja, kalau open untuk semua jawabnya minggu depan tak habis lagi. Maybe takda rezeki lagi tahun ni. Takpa tahun depan kita try lagi boleh bawak baby skali. Mesti lagi best..hehehe

Kawan kita En. D tak dapat nak ikut, macam-macam la keje dia..lepas tu sibuk cakap orang tak ajak..tapi takpa kita snap gambar banyak-banyak tunjuk kat dia. Kasi jeles sikit..hehehe kejam. Sory en. d sengaja...:P

Walaupun kami datang petang, orang masih lagi ramai macam semut..seronok tgk orang ramai-ramai macam ni. Macam-macam perangai. macam-macam gaya. Boleh hilangkan tension. =)

with mama Ain


En. Pulan sengih, jauh lagi dah nampak..riang ria hari raya waaaaaa (^_^)



Selesai solat isyak sempat lagi jadi model tak bertauliah kejap...orang lain sekejap jer, sampai turn Oja sikit punya lama..Penat kameraman duk snap-snap...Cun sangat kot tu yang tak menjadi tu. semua orang test power tapi semua tak menjadi apakah????? hahaha. Kena asah skill lagi yer incik incik sekalian. Sebelum balik, kami makan dulu penuhkan perut sambil-sambil dengar sahabat duk sembang, macam-macam cerita keluar. Maybe next time boleh join jagi aktiviti macam ni.

Tuesday, April 3, 2012

Janji Kita Kawan Yer (^_^)

Janji kita kawan deh!!!! ok janji kita kawan, jangan risau awak tetap jadi kawan sampai bila-bila. Takda apa yang dapat putuskan persahabatan kita melainkan maut dan kalau itu kehendak awak. Mungkin ini jalan terbaik untuk kita, saya tak kesah pun jadi kawan awak sebab saya sayang kat awak. Nanti kalau hati awak dah terkesot untuk sape-sape jangan lupa bagitahu saya tau, boleh saya tolong buat hantaran..Untuk awak bagi murah-murah jer, lagi pun saya bukan pandai sangat pun. Setakat gulung-gulung tu boleh la. hehehe


Terima Kasih banyak-banyak sebab sudi jadi kawan saya, kalau awak perlukan bantuan atau apa-apa jangan lupa bagitahu saya. Saya sentiasa ada untuk awak. Kalau tak banyak mungkin sikit, harap dapat kurangkan beban awak. 

Sunday, April 1, 2012

3 temujanji (^_^)

Agak-agak jadi tak 3 temujanji kami macam citer yang bakal keluar tak lama lagi tu. hehe ni saya nak story 2 temujanji dah berlalu tinggal satu saja lagi..2 temujanji ditemani rakan. temujanji kali ke-3 tak tahu lagi macam mana. Mungkin juga temujanji yang terakhir sape tahu.. Mungkin juga ada lagi temujanji selepas ini sape tahu kan???? (as a friend) (^_^)


1st date kami pegi tengok cerita ni, kelakar ade, boring pun ade tapi boleh la (^_^)



2nd date kami pegi menyanyi, sumbang-sumbang la redah jer...tapi memang best sebab dah lama tak dapat nyanyi. Kira lepas gian la tu..thanks kepada orang yang mengajak tu yer.


Boleh tahan la nyanyi kat sini nanti lain kali ada masa boleh pegi lagi lepas ni, boleh hilangkan stress.

sabarlah wahai hati ~

Kenapa perlu ditagih cinta dan kasih pada yang tak sudi, penat rasanya. Rasa seperti tiada tempat untuk mengadu, Hanya Allah teman setia. Rasa cinta yang bertandang adalah anugerah daripada Allah, kekecewaan ini adalah ujian sama ada kita kuat atau tidak. 
Tak pernah timbul rasa menyesal dihati kerana mencintai dan menyayangi dia. Tetapi kecewa dengan diri sendiri kerana tidak kuat untuk berhadapan dengan situasi seperti ini. Terima kasih Allah kerana berikan aku cinta yang tidak ternilai ini, Alhamdulillah cintaku kepada dia tidak melebihi cintaku kepadaMu.  Rasa kasih yang hadir mengajar saya menghargai perasaan sendiri dan orang lain.

  
Sampai bila mahu memendam rasa, bukan memendam tapi bertepuk sebelah tangan.. Semuanya telah terungkai, bertepuk sebelah tangankah saya ni,  sepertinya tidak. Entahlah susah nak kata sebab tiada kata putus. Bila ditanya jawapan yang saya dapat hanyalah kebisuan. Bila diamkan diri, dia mengejar dari belakang kiri kanan dan depan. Hati terus ditawan. Rapuhnya hati ini, lemahnya diri ini bila dikaburi rasa sayang yang menggunung.


Hanya padaMU aku bersujud, hanya padaMU aku memohon moga diberikan jalan yang terbaik untuk hidupku. Tak terlintas dihati ini untuk menyakitkan hati sesiapa atau melukakan hati kaum hawa hanya kerana seorang lelaki. Nauzubillah. Kalau perlu mengalah untuk kaum hawa, itu yang akan saya lakukan. Dengan harapan seseorang itu mestilah jauh lebih baik dari saya dan boleh menyayangi dia lebih dari saya. 

Mungkin saya bukan ditakdirkan untuk dia, dan bukanlah yang terbaik untuk dia. Semoga dia bahagia dengan hidup dia. Pertama kali saya merasa dengan seikhlas hati, kalau dia gembira saya pun rasa gembira. Pengalaman sebelum ni saya tak pernah ikhlas membiarkan orang yang saya sayang hidup bahagia. Mungkin ini la hadiah untuk kekhilafan saya sebelum ni. Dugaan Allah untuk menjadikan saya manusia yang kuat dan sentiasa dekat denganNYA. Dengan bersolat dan membaca ayat suci Al-Quran saya akan merasa lebih tenang. Tapi selama mana semua ini akan berterusan saya tidak tahu. Mungkin saya perlu lebih tegas selepas ini. Tidak terlalu membiarkan diri dikuasai anasir-anasir yang boleh melalaikan.

Tetapi seandainya dia tercipta untuk saya, semoga dipermudahkan segala-galanya, diberikan jalan terbaik untuk kami meneruskan hidup ini. Bukan mengharap, tapi kita manusia tidak tahu dan tidak terjangkau dek aqal percaturan Allah Taala. Maaf andai tulisan saya kali ini menggangu sesiapa. Tidak tahu mana lagi nak diluahkan. Ya Allah Redhakan lah hati ini berhadapan dengan ujianMU.