Monday, May 28, 2012

Selamat Pengantin Baru 2 (^_^)

Lepas beredar dari Masjid Terapung Kuala Ibai

Petang-petang hari sabtu ni jem pulak kat Bandar, atas jambatan duyong bederet kereta. Kalau tak jem ni sekejap jer boleh sampai. Ni kami gerak pukul 5.00 petang, pukul 6.00 baru sampai. Takpa la air kelapa punya pasal.. heheheseronok dapat lepak ramai-ramai. Ni kalau lama lagi best. Selesai makan, ma’mah bawak kami pusing-pusing dalam UMT. 

Kami janji dengan zul n jik nak makan sotong celup tepung dengan air kelapa sebijik. So zul kata dekat teluk ketapang la banyak. Nak buat macam mana masa saya dengan wan datang Terengganu dulu tak dapat sotong. Kali ni datang drive sendiri nak cari jugak-jugak walaupun dah kenyang makan nasi umah ida.. 





Dah lama masing-masing tak masuk UMT. Dapat masuk ni rasa seronok sangat macam sirih pulang ke ganggang. Kami solat maghrib di masjid UnisZa. Selesai solat kami ke Giant untuk beli hadiah kahwin ida, hehehe ada pulak dah balik kenduri baru nak pegi beli hadiah. Nak beli kat KL tak sempat so beli kat Terengganu. Mangsa tukang hantar hadiah adalah ma’mah. Lepas tu kami terus gerak balik rumah. Penat sangat dah tak larat. Saya yang duk sebelah pun lembik driver lagi la.. hehehe balik kampung tak lekat kat umah.. sian mak anak-anak cucu dia balik jalan jer keje. Next Month kita balik lagi yer Mak.. =)

Solat kejap di Masjid Unisza

Selesai sudah acara kenduri kendara di Terengganu.

Kami gerak nak balik KL dalam pukul 10.00pg. Sebelum balik kami singgah ambil keropok lekor yang saya dah tempah semalam sebanyak RM 100.00 hengget. Beli kopok tak ingat dunia, maklum la ramai kekasih hati di KL yang mengidam nak makan kopok lekor kena la beli. 

Lagipun bukan selalu balik teganu. Perjalanan kami teruskan macam biasa. Dah janji dengan Muhazam Yusoff nak singgah rumah dia. Lama tak jumpa zam.. Dengar-dengar kurang sihat tapi taknak cakap sakit apa. Takpa la sebab dah tengah jalan kami singgah la jugak. Nak di jadikan cerita kami terlepas simpang, dah terkedepan terpaksa la masuk simpang lain yang menyebabkan jarak bertambah jauh..kesian sungguh la.

Kerana mu zam sanggup kami pusing. Last2 zam bagi petunjuk arah, kami ikut jer arah yang dia cakap sampai jugak kami kat umah dia. Sampai dalam pukul 1.00 petang, mak dia suruh makan nasi dulu. Sembang punya sembang dah pukul 3.

Serabai jer zam =)


Rasa macam nak gerak balik dah bila cakap nak balik zam cakap tunggu la dulu awal lagi, pukul 4...Ok la tunggu pukul 4 la. Sampai pukul 4 bising mulut dia suh duduk dulu tunggu esok la maklumla esoknya kami cuti. Duk lawan-lawan cakap hujan turun. ermmm pukul 5 jugak la kami gerak. Nampak zam hepy sangat-sangat dapat jumpa hamper 4 tahun tak jumpa. Puas la rasa. Balik kampung kali ni rasa macam cukup puas hati.

hehehe sempat lagi posing with my famaly kat UMP

Belumuih baby white ~

Selamat Pengantin Baru 1 (^_^)

Akhirnya waktu dan ketika yang dinanti pun tiba...........................

Memulakan perjalanan seawal jam 10.00 pagi. Rasa macam malas nak bangun tidur. Sayangnya bantal dengan selimut ni. Hari ni hari jumaat kami ambil cuti kerana perjalanan yang agak jauh dan memakan masa yang panjang. Badan pun penat. Berenti isi minyak di petronas Tesco Ampang sekejap. Saya dengan my driver meneruskan perjalanan, semoga selamat sampai kedestinasi dengan selamat........ 
Call my sis bagitahu nak singgah Universiti Malaysia Pahang ambil anak sedara saya. Saya ajak dia sama ke Terengganu jenguk-jenguk tok kesayangan..Sis cakap nak kirim barang dapur sikit untuk Mak, ingatkan dia nak kaeluar ke UMP..tapi sebab kami sampai awal, kami jer la masuk ke Felda Lepar Hilir 3, Gambang. Turun susur Maran dekat sikit ikut jalan belakang. Turun-turun kereta, abang ipar cakap nak tengok anak beruang.. eeuuuuuuuu En. Zul cakap saya anak beruang.. Macam beruang sangat ke, isk3 kena diet ni. Zuraini cakap dulu abah dia suka kata kat dia anak gajah.. Mana lagi teruk, anak gajah ke anak beruang ~hohohoh tragis sungguh la. tak hitam pon =(

Singgah umah mysis makan nasi dulu, sempat la jumpa Adik tersayang dulu Adik Lan, a.k.a Roslan Ab. Razak..Dalam pukul 1.00 tengahari kami ke UMP untuk ambil zura, then terus ke Terengganu. Sampai umah Mak dalam pukul 3.30 petang. Perjalanan yang agak mencabar sebab Highway Jerangau Jabor jalan dua hala , banyak lubang dan banyak lori.. Ada ketika mydriver terpaksa potong lori sebab perlahan sangat geraknya. Kalau tak potong jadi kereta api la. Lori penuh muatan jalan dah macam ayam.. Kalau ore klate kata “nyo wak aye lori” hehehe. Lubang pun banyak, tak tahu la bila nak elok jalan ni. 

Rasanya tak elok dah kot sebab jadi laluan utama lori. Sape-sape yang nak jadi calon saya kena bersedia mental dan fizikal la lalu jalan tu. Ada orang tu dah taknak lalu kat situ terkehel katanya huhuhu. Kalau tak sudi lalu jalan tu maknanya tak sudi dengan saya la tu wawawawa. Kalau nak best sikit kena naik Highway LPT Fasa dua. Dah siap tapi saya belum pernah lalu lagi. Nanti ada kereta sendiri boleh la cuba redah. Sampai umah Mak bising sebab tak bagitahu bertolak masa mana, mak tak masak apa-apa.. hehehe sorry mummy, takpa kami dah makan umah kak Ani..Zura kata dia lapar kat dapur ada Nasir Dagang. Makan nasi dagang la. Masing-masing tak berapa sihat, saya dengan wan batuk lagi so kami tidur sampai petang.. Tapi terpaksa bangun awal sebab nak keluar sebelum maghrib.

Kami Keluar dari rumah agak awal dalam jam 6.15 petang. Janji  dengan Rahimah nak jumpa kat Masjid putih sebab tak tahu jalan nak pegi rumah ida. Kata ma’mah ida nikah lepas Isyak sebab tu kami awal sikit malas nak serabut dengan orang.

 Lepas solat maghrib bila ma’mah sampai kami gerak ke Kuala Ibai. Sampai-sampai kenapa tak ramai orang, risau jugak.. masing-masing dah cuak. Last2 jom la kita naik ke rumah.. Masuk jer rumah, mak ida tengok jer kami ni, saya terus tuju mak dia nak salam, mak dia pandang jer macam tak kenal last2 saya cakap mak cik oja ni. haaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!! terkejut mak cik, oja ker bakpe lainnnnnnn, hehehehe bakpe koho comey, koho selim...hehehe. Saya segan hehehe, cakap la kat mak cik takda la biasa jer. Maybe lain malam tu sebab saya pakai jubah gelap tu nampak lain tu. Tanya la mak cik kenapa takda orang lagi, kat luar pun belum siap apa-apa, kata nikah lepas isyak. 

Pastu dia kata nikah kul 10.00 malam.. Hehe betuah punya ma’mah, salah info la kami. Kalau tahu keluar jer lepas isyak. Patut la masa kami sampai ida pengantin malam ni releks jer dengan tshirt dan kain batik. Belum mandi lagi.. Ish3. Tak apa la duduk la sembang-sembang, orang-orang tua kat situ semua ramah. 



Aku Terima Nikahnya =)

Sebelum belah laki sampai tuan rumah jemput kami makan dulu nanti lambat pulak. So kami pergi makan dulu. Lepas dan siap-siap sampai la kawan-kawan lain, kak zila, sue, ain dan yang lain-lain tak kenal. Hampir jam 10.00 mlm pengantin laki dengan family dia sampai. Berlangsunglah acara Akad Nikah..

Dengan sekali lafaz, mas kahwin sebanyak RM 1284.oo Ida sah menjadi milik Man. Tahniah kawan!!!! Semoga bahagia sehingga ke syurga..Semoga hidup diberkati Allah bersama suami dan bakal anak-anak InsyaAllah..

Alhamdulillah semua dah selamat

Batal air semayang~

Kawan-kawan ambil berkat

menjadi saksi penyatuan dua hati, tersentuh hati ~ Bilakah masanya




Pagi sabtu, tempat wajib pergi kalau balik Terengganu adalah Kuala Berang. Kalau balik dengan adik beradik kami suka beli lauk pastu masak untuk makan tengahari. Tapi kali ni saya balik sebab ada event so memang tak sempat nak masak. Mak pun tak berapa nak beli lauk sebab takda orang nak makan.. Kami just pusing-pusing beli kueh. Pastu beli kapok keping sebab ada orang kirim.


Nadia!!!!!

Kami gerak pergi kenduri ida lepas solat zohor. Ma’mah pun habis program dalam jam 2.30 petang jugak. Sampai kat Pantai Batu Buruk hampir pukul 3.00 petang sebab jalan sedikit jem dan tunggu ma’mah. Make-up lebih kot tu yang lambat sikit. Hehehehe. Kami sampai jer tengok pengantin laki tengah baiki sampin dia. Isk3 warna hijau, malu pulak nak jalan sebab saya pakai tudung caler hijau sama pulak dengan uniform pengantin. Tapi kena jalan jugak sebab kami dah lewat hehehe.





ececec sampai tumpah air korang buat~

sweet kan kami

 Dah lama tak duduk di kerusi pengantin..Last duduk masa kenduri Ros kawan sekolah dulu. Lain2 ada jugak bergambar atas pelamin tapi takda la duduk kat kerusi pengantin. Dapat duduk ni rasa macam comey la pulak ~ hahahaha dah mula la gatai merenyam dia. Sempat la kami snap-snap picture dengan pengantin. Masuk waktu asar kami gerak ke Masjid Terapung untuk solat kemudian gerak ke destinasi lain plak.





Masa turun dari rumah ida ternampak 2 orang jejaka idaman Malaya, hehehe En Zul dengan Jik. Kata tak sure nak datang tengok-tengok duk makan dah. Dasyat betul diorang ni. Makan dulu penting. Dari jauh nampak dah sengih =)

Tuesday, May 15, 2012

Tenangkan Hati

Sejak akhir-akhir ni saya selalu rasa tak sedap hati, susah hati, gelisah, rasa tak senang duduk, teringat jer kat seseorang. Nak kata ada buat sesuatu yang tak betul rasanya takda pun. Sekarang ni hidup saya wan, wani, ain, rumah, anak-anak buah dan adik beradik jer. Tak bergaul sangat dengan kawan-kawan yang lain. Kalau ada dalam masa terdekat ni keluar dengan kawan yang biasa keluar je. keluar pegi makan tengok wayang. Saya harap sangat saya takda buat orang sakit hati.. Kalau ada mungkin la sesuatu yang tak disengajakan.

Dalam pada duk search dan membaca di internet Saya terjumpa doa yang memberi jalan keluar daripada kesulitan jiwa, peringatan yang menyedarkan pilihan kita penuh cabaran. Kita perlu sentiasa ingat apa yang kita suka adakalanya bukan yang terbaik untuk kita. Logik manusia merasakan ia manis, tetapi logik Tuhan yang menyusun keadaan sebaliknya.

Surah Al Baqarah ayat 216 :

“…Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. “


Surah al Baqarah ayat 286 :

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diri dan orang lain. Amin.

Batuk yang berlarutan

Hampir tiga minggu saya mendapat batuk. Sekarang macam makin teruk pulak plus sedikit lelah. Asalnya saya takda lelah pun tapi disebabkan batuk kuat sangat terasa sedikit lelah dan semput. Demam dah pun hilang, klinik dah pun pergi dan dah dapat ubat pun. Ubat klinik tak berkesan, so cik wani a.k.a mybff a.k.a exhousemate bagi ubat yang dia dapat di farmasi. Ubatnya dah nak habis saya telan tapi tak menjadi jugak. 

Apa lagi nak buat ni. Lepas tu saya minta ubat dengan mama ain pulak. cuba ubat dia pulak tengok macam mana kalau tak menjadi jugak alamatnya kena pergi klinik sekali lagi la ni. Yang tak bestnya bukan batuk saja pakej sekali dengan pedih tekak. 


Kalau malam tuhan saja yang tahu dia punya sakit tu lain macam. Kalau kat kampung ni Mak bagi minum air limau nipis. Dua hari dah baik tak perlu makan ubat klinik yang kalau terlebih minum akan jadi over dos dan membahayakan kesihatan. Kadang-kadang malam tak tahan jugak geli tekak dibuatnya. Nak tunggu balik kampung minggu depan rasa macam lama pulak.. Bertahan dengan ubat yang mana ada la.


Thursday, May 10, 2012

Temujanji Ke 3 (^_^)

Apa lg aktiviti yang sesuai untuk memenuhi temujanji ~ kat wangsawalk ada karok, wayang dan cuci mata saja la. Akhirnya cukup 3 temujanji, semua berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah, saya happy walaupun takda perkembangan pun kalau nak dibandingkan dengan sebelum ni.



Temujanji kami tak perlu dating-dating cuma buat aktiviti bersama kawan-kawan sahaja. Memenuhi masa yang ada sudah memadai sekadar bersua muka bertanya khabar dan bertegur sapa.

Sekurang-kurangnya 3 temujanji dah pun berakhir dan tak ada apa-apa lagi yang saya harapkan. Setakat ni saya bersyukur dengan apa yang saya ada dan apa yang saya rasa. Apa orang lain fikir & rasa???? entah la mungkin suka, mungkin juga tak siapa tahu hati orang. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal pun belum tentu cinta. Biar masa yang tentukan segala-galanya. Hanya Allah yang mengetahui hujung pangkal.