Entah kenapa tetiba rasa rindu itu datang dan kadang-kadang dia pergi begitu sahaja. Tapi bila rasa rindu itu datang alangkah bahagiannya rasa hati.
Lagi seronok bila dapat tengok orang yang dirindui. tapi bila merindu tanpa kata ni sakit jugak, tak dapat nak luahkan apa yang terpendam. Entah la, tak dapat nak kesan rindu
kepada siapa. Sudah penat rasanya merindu pada yang tak mungkin sudi. Kenapa hati ni tak mahu berhenti merindu sedangkan mulut berkata sudah cukup sudah ~ Cuba menipu diri sendiri, tapi kadang-kadang tak mampu menanggung sendirian, kenapa jadi begini. Apakah dosa yang terpalit menjadi penghalang segalanya. Ya Allah Ampunkan lah Dosa-dosa hambaMu ini. Berikanlah diri ini kekuatan.
Terasa KOSONG seperti tajuk lagu Najwa Latiff, sunyi yang bertandang sejak akhir-akhir ini seolah-olah mengganggu fikiran, menggangugugat ketenangan hati. Cuba untuk melupakan dan mengabaikan rasa yang datang, Tapi tak mampu.. Macam mana pun akan cuba setakat yang mampu..InsyaAllah.
Sy tahu awak faham tapi buat-buat tak faham. Tak apa sebab saya ikhlas rindukan awak dan tak tahu apa sebab saya rindu kat awak.
Saya akan simpan perasaan ni sebagai kenangan. Mudah-mudahan saya tak terlalu leka dengan perasaan ini. Terima Kasih Allah atas perasaan yang kau anugerahkan kepada ku ini. =)
No comments:
Post a Comment