Friday, January 27, 2012

Cantik ke???

Assalamualaikum semua~

Hari yang indah, terasa segar dan bersemangat nak kerja.. Pagi-pagi lagi dah ada orang puji saya cantik tu yang semangat tu, hehe. tahu apa saya jawab bila orang tu cakap saya cantik...ermmm saya cakap, saya memang cantik hehe..Bukan nak perasan, saja jer siapa nak puji kalau bukan diri kita sendiri kan..

Walaupun diri saya di Office tapi hati dan kepala ni ada kat tempat lain, susah la nak cerita..tengok la kerja saya hari ni~





Beberapa hari lepas kerja saya menghadap my orange lappy jer, meja bersepah-sepah pun buat tak tahu jer~

Thursday, January 26, 2012

Jalan-jalan CNY 2012 at Kampung

Memulakan perjalanan agak lewat dari biasa, kami bertolak dari KL jam 11.30 pagi. Jalan agak sesak dengan kenderaan pagi ni tapi masih bergerak perlahan. Sempat berhenti beberapa kali, abg ain bayar kereta. Selepas tol karak kak ina ambil alih drive sampai gambang.. Dalam tempoh perjalanan tu abang ain tidur kot saya tak sedar sebab saya pun tidur, mengantuk sangat malam tadi berjaga sampai pukul 2 lebih, ber SMS dan facebook..hehe. Selalu susah nak tidur tapi kali ni mengantuk sangat.

Kak ina drive, Abg Ain rehat kejap

Banyaknyer kereta




tengok la ape kerja diorang ni dalam kereta, buat kereta macam rumah


Hehe Posing sikit


Potong kuku dulu sebelum jalan

Dahi berjahit, kesian Iyad terlanggar dinding~


Bersama Mak

Cucu-cucu berbual dengan tok dia di waktu petang

Tuesday, January 24, 2012

PERASAAN TAK MENENTU!!!!

Entah kenapa rasa itu datang, dah lama tak rasa perasaan macam ni. Kenapa dan apa sebenarnya yang terjadi. Terasa-rasa ingin tahu apa yang sedang dia lakukan saat ini. Setiap masa teringat padanya. Jatuh cinta kah!. Mudah benar, secepat ini anugerah Allah. Kalau betul Alhamdulillah, semoga diri ini temui jalan dan apa yang dicari dalam hidup. Untuk jatuh cinta, saya selalu terfikir layakkah saya untuk dia. Terasa perasaan rendah diri tu menggunung tinggi. Rasa takut untuk melalui liku-liku yang mungkin akan saya hadapi, kekecewaan yang tak berkesudahan. Tidak ada siapa yang boleh membantu selain diri ini sendiri dan memohon petunjuk daripada Allah Taala..Sesungguhnya Dialah yang maha mengetahui segala-galanya. Ya Allah tunjukkan aku jalan~


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah




Tuesday, January 17, 2012

Mandi Manda ~ Ulu Yam

Lama betul kami tak mandi air terjun, balik kampung pun tak sempat nak melencong..maybe cuti raya cina ni pergi lagi air terjun kat Terengganu. 
Kami bertolak awal Pukul 9 pg dari rumah..sempat la tunggu wani datang park kereta kat rumah, saya bawak anak buah sama. Dah cakap kat mysis petang balik dari Ulu Yam kami hantar. Kami konvoi dan sampai sana dalam pukul 11 lebih.. Sedikit berdebar untuk pertemuan yang pertama kali, hehe ada orang tu nak buat kejutan kat saya tapi tak jadi sebab saya dah tahu. Tapi semuanya ok berjalan dengan lancar. MALU pun ada jugak..hahaha. 
 Ladies


Kami bakar ayam, geng-geng lelaki la yang bakar, kami mandi-manda jer. Sangat la seronok walaupun separuh daripada geng yang datang tu kami tak kenal. Kepala semua ok, so redah jer boleh join. Next time boleh buat lagi kat tempat lain pulak. Duk tengah bakar-bakar ayam tak habis pun lagi separuh, hujan turun dengan lebatnya, sungguh tak sangka hari ni hujan nak turun..kami angkut barang bawak naik ke pondok, nanti habis basah pulak baju. 


Abam-abam posing sambil bakar ayam


Diorang ni sangat kreatif ambil plastik untuk tutup ayam tak nak bagi bara mati...then ader yang lagi best, salah sorang dari kawan lelaki kami tu buat survival mencari sesuatu yang lagi selamat. Entah signboard sapa la di rembatnye hehe.. dalam 15minit lepas tu hujan dah stop. Kami angkut balik barang-barang dan makanan bawak turun ke bawah. Yang mana keje bakar ayam terus bakar ayam. Kami yang bersenang lenang ni turun semula ke dalam air, berendam sampai pucat. Yang lelaki pun dah ada yang turun beramai-ramai cari port dalam air..





Lebih kurang pukul 2.30 mami panggil naik untuk makan. Lepas makan kami bersiap-siap untuk balik. Sebelum tu singgah sebentar di Masjid Gombak untuk solat zohor..
Thanks a lot kepada Pn. Aminatul Aiman & Suami Ahmad Asyraf serta rakan-rakan satu kepala (tak tahu nama hehe), laila kawan baru yang cepat ngam, Myroomate wan Faizatul, myexhousemate wan norhazwani, Pn Nor shazwani & Suami Mohd Faizun. Tak lupa juga anak buah saya zuraini, rezeki datang KL boleh join..Nanti kita plan yang lagi best.

Sehari Sebelum ^_^

Assalamualaikum semua~

Saya nak cerita apa saya buat hari minggu baru-baru ni~

Sehari sebelum berkelah adalah hari sibuk sedunia sebelah paginya saya dengan wan & wani pergi ke tasik titiwangsa untuk jogging, kami balik agak lewat dalam pukul 12 tengahari. Balik dari tasik kami ke Restoran Haji Hassan dekat cheras untuk makan tengahari. Siap makan kami ke Tesco Ampang beli barang-barang nak masak untuk berkelah esok.
Tujuan utama nak beli ayam, tapi dekat Tesco diorang taknak potong, so tak jadi beli, kami pergi beli dekat pasaraya SEGI, dekat jer dengan rumah kami.. Diorang boleh potong siap..Bukan tak pandai, tapi tak sempat, masa tak cukup rasa 24 jam hari ni. Nak tau kenapa??? Jap lagi saya cerita.

Masa On the way nak pergi makan tengahari tadi my sis call suruh amikkan anak saudara yang baru sampai dari kuantan dekat stesen pudu. Bertambah la tak cukup masa. Terpaksa la sebab anak buah masuk hospital, Iyad terlanggar dinding berdarah-darah kepala, berlubang kena jahit. Kalo tak mysis yang amik anak buah, tapi menda nak jadi kita tak tahu.

lepas jer beli ayam kami balik mandi siap-siap terus turun ke stesen pudu. Kat pudu satu hal, jalan dah la jem berpusing-pusing kami dekat sejam kat situ layan jem..Dah dapat anak buah tadi kami terus ke rumah myexhousemate ambil blander.. kami punya bulan depan baru dapat, so untuk kali ni kena pinjam dulu la.

Balik rumah wan solat saya siapkan ayam. Then kami buat sama-sama. Mami call cakap pukul 6.30 diorang ambil kami, tau kami nak g mana??? Stadium Bukit jalil, tengok bola..hehe Selangor vs Perak. sempat lagi tu. Masa jogging pagi tadi la dapat idea..saya duk belah perak wan dengan anak saudara saya duk belah Selangor. Malam ni Selangor menang 1-0. Seronok la diorang puas jerit. Kat tempat saya duduk ni diorang bebel jer keje. Mana taknya banyak peluang gol tapi tak masuk-masuk, marah la penonton...Balik rumah dalam pukul 11. Penat~
 Pada mulanya duduk disebelah perak

Mereka berpaling tadah huhuhu~

Monday, January 16, 2012

Malaysia vs Bahrain

Tengok bola lagi la kami, Malaysia VS Bahrain. Dengan penuh semangat kami ke stadium Bukit Jalil. Ramai betul orang. Semua pun minat bola..



Yang bestnye my family pun ada sama..Abg Ain, Kak Ina, Iyad & Imran. Masa nak turun kereta, tangan adik imran tersepit kat pintu, kurang sikit mood tu..kesian adik menangis teruk, sakit la jari kecik tu tersepit, merah jugak.

Bila masuk dalam stadium, mybro & sis duk kat grand stand saya dengan kawan-kawan duduk kat sit biasa.
Tapi dukacita Malaysia kalah dengan Bahrain 3-2. Kalah pun takpa la nak buat macam mana, yang penting  semangat kesukanan tu. Takda sumpah-sumpah seranah kepada pemain. Semua beri sokongan yang baik la. Rugi rasanya sebab Malaysia dah dapat 2 gol, tapi boleh bolos sampai 3. Tu la adat permainan ada kala menang ada kala kalah.




Habis game, keluar jer dari stadium jumpa balik dengan mybro & sis.. Tengok anak-anak ok jer..Adik Im siap jerit-jerit nyanyi lagu negaraku.. seronok tengok. Next time pergi lagi.

Lunch With Mami & Family




Hari minggu ni takda buat apa, juz lepak-lepak kat rumah dengan my roommate..Bangun tidur dah agak lewat, maklum la bujang tambah-tambah pulak hari minggu, kami takkan lepaskan peluang yang ada..Lepas sarapan kami ke Wangsa Maju, pergi hantar Popia, myroomate buat bisness kecil-kecilan.
Selesai dekat wangsa maju, teringat pulak kat mami, saya call mami tanya ada kat mana sebab nampak macam ada signboard ke Gombak..boleh la singgah umah mami kejap.
Nampaknya kami ni langkah kanan, Abg Faizun siap masak stim ikan. Kami makan tengahari kat rumah mami, sedap jugak abang faizun masak..Dapat Husband pandai masak untung la boleh tolong-tolong time darurat..

SEMINAR JIHAD BISNES



Pertama kali menjejakkan kaki ke Pusat Islam UITM Shah Alam, perasaan berlainan dari biasa terasa tenang dengan suasananya berbanding dengan suasana yang saya hadapi setiap hari. Hampir beberapa kali jugak ke sana untuk mesyuarat seminar bersama staff CITU. Seronok sebab semuanya ramah dan baik, yang cute pun ada hahaha...



Seminar berlangsung selama dua hari, selama dua hari ni kami berkampung di sana, sedikit kesian kepada rakan pempamer sebab student tak ramai, jadi pendapatan kurang..Lumrah orang berniaga, tak sangka keadaanya macam ni.



Seminar berjalan dengan baik seperti yang dirancang, dengan kerjasama rakan penganjur~

PC Jihad Bisnes



Sidang Akhbar Seminar Jihad Bisnes, kami buat kat Ofis jer sebab UITM Shah Alam banyak prosedur nak kena ikut, masa pulak tak cukup, jadi untuk memudahkan semua urusan kita buat kat ofis saja la..ni kali ke dua saya jadi pengerusi majlis untuk sidang akhbar, pertama kali sidang akhbar Seminar Setiausaha 2011. Event besar sikit Seminar Kesihatan dekat Hotel Grand Seasons KL..

Melibatkan lebih 60 orang peserta. Yang lagi open saya jadi MC untuk sesi bersama penulis PM Dr. Redhuan Tee Abdullah dekat PWTC. Kiter buat di kawasan terbuka masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.. Agak gementar sebab orang ramai sangat. Tapi disebabkan kami berdua, gugup tu kurang la.. Berbalik pada sidang Media Bisness Jihad, Ahli panel, Sponsor & Reporter turut hadir.. Dimeriahkan juga oleh warga kerja yang lain.




I See U

Assalamualaikum~

Balik kampung, saat yang paling bahagia dalam hidup dapat jumpa Mak tersayang. Bertambah suka kalau dapat jumpa kawan-kawan. So trip ke KT kali ni jumpa kawan juga tapi M’mah & Zul jer. Jik ada call cakap tak dapat jumpa coz keje, takpa maybe next time..

Rahimah 

 Muhammad Zulkifli


Sebelum lepak-lepak dekat KFC saya dengan M’mah sempat rempit ke UMT, dah lama tak pergi sana..Kami masuk ke fakulti baru, Fakulti Sains Sosial, fakulti kami la tu..then pusing-pusing tengok tempat yang kami selalu lepak dulu, tengok “lorong biawak”.


Kat kampus takda orang sebab masa ni tengah final exam, so kat kampus tu kami jer..Pak Guard kat pintu depan bagi pulak kami masuk, agaknya kami ni sweet kot..hehe



Lepas pusing UMT, kami pergi jenguk rumah ‘banglo’ kami dulu. Masih macam dulu dan berpenghuni. Pak cik tuan rumah takda kat rumah masa tu tapi kami terserempak dengan pak cik kat tepi jalan tengah masukkan rumput dalam guni, bagi makan lembu kot.

Tempat kami BBQ dulu kat tepi pantai dah tak nampak rupa pantai, semua dah kena korek dan tambak, sakit mata memandang.


Nanti balik kampung  kiter berkunjung ke UMT lagi yer~