Tuesday, August 14, 2012

Persiapan Hari Raya

Raya makin hampir menjelang tiba.. persiapan raya tak lengkap lagi… kueh satu pun tak beli lagi. Maklum la nak buat pandai & rajin sangat. Duit raya tak tukar lagi. Zakat dah bayar. Baju ala kadar jer la..tapi nanti ni nak pegi lagi jalan TAR cari apa yang patut. Cuma yang lemahnya jalan jem la. Nak boleh sampai sana ni bengkek dulu hati. Hope semua ok la..

Duit raya budak-budak dah siap tukar....

Zakat fitrah, mak dah bayarkan, almaklumlah anak pompuan single :)

Baju melayu dah beli :)

Tema tahun ni cantik pulak tengok kaler ni ....:)

 Baju kurung pun dah dapat :)


Semangat raya tahun ni lain macam, mengalahkan budak-budak..macam tak sabar-sabar ade ke patut, tak sabar nak balik kampung sama. Tapi yang terasa pilunya Ramadhan tahun ni akan meninggalkan kita beberapa hari saja lagi. Masih sempat ke nak bertemu Ramadhan sekali lagi, kita tak tahu. Ramadhan kali ni sangat memberi makna dalam hidup saya, saat yang tak mungkin saya lupakan sampai bila-bila.

Bekerja di bulan Ramadhan

Dalam kita berpuasa, kerja-kerja dipejabat tetap diteruskan. Walau penat macam mana pun kerja tetap kena buat sebab dah memang tanggungjawab. Office ni dah jadi macam rumah kedua saya dah, nasib la takda kain baju bantal tilam kat sini. Kalau ada memang tidur sini jer la. tak payah balik.

Meja orang bekerja, konon la ~

Ada jugak orang tanya, meja ke apa ni macam kapal pecah. Pemalas betul. Bukan malas, tapi kemas-kemas bersepah jugak baik tunggu hujung bulan baru kemas.

Sambil-sambil buat keje, kita cuci mulut dengan kek ~

Ni kemas ni, bagus betul tuan meja ni ~

ini baru namanya kerja kan!!!!


Juadah Istimewa Ramadhan

Macam-macam juadah dah pun dirasa pada bulan puasa ni. Kalau bulan tak puasa jarang nak dapat maklumla rajin sangat nak masak. Di office, tiap-tiap hari makan menda yang sama jer. Balik rumah dah tak makan dah.. kalau makan pun ala kadar jer roti ke. Kalau mengidam sangat beli jer kat kedai sikit. Hidup bujang ni macam tu, makan untuk diri sendiri jer kalau dah ada suami lain la boleh masak untuk suami. Ada orang makan suka sikit nak masak. Ni balik-balik OJA, balik-balik WAN. Ermmm.

Ikan FATIM masak tempoyak ...sedapnya.

Ni masak ape orang panggil ni, macam masak lemak ikan ~

Sup Ayam..tak masak lagi bulan puasa ni :)

Saya suka telor ni, sedap sedap sedap nakkkkkkkkkkkk ~

Kueh klate ~

yakkkkkkkk menu kelah-kelah VIP ni

Ni ape ni???, kepok keping, salad ngan ayam jer nampak...
kat dalam berbungkus tu tak tahu ape ~

Kueh manis ni sanagt lazak di makan dan sangat sesuai untuk SERVICE kembali 
mulut yang dah satu hari berpuasa.

Ni kambing ke???

Ini sepatutnya nama dia mee goreng mamak, tapi sebab bukan mamak 
yang masak jadi la mee goreng  klantanis...

Ayam percik ala-ala bujang sebab untuk makan sorang jer..

waaaaaaaaaa pencuci mulut ~

haaaaa ni untuk makan satu family..

ABC Dinasor sedapnya...

Bulan-bulan puasa ni tengok air masak pun macam sedap sangat dah..Apatah lagi kalau tengok makanan yang macam-macam jenis kat atas tadi.. sambil-sambil menulis ni pun macam nak jer semua tu..dasyat betul nafsu makan saya...

Ronda-ronda MID

Hari minggu saya sepatutnya berjalan seperti biasa, duk kat rumah tengok TV santai-santai. Tapi pada hari kejadian Are inn Ashraf telah ‘MEMAKSA’ saya keluar pergi jalan-jalan ke Midvalley. Niat hati memng nak duduk kat rumah jer, tidur ke iron baju ke. Tapi ada orang ajak keluar ok jugak. Sebelum ke Mid, kami ke Jualan Gudang kain baju Area rumah saya, masuk dalam 4 gudang barulah kami ke Mid. 

Nak boleh sampai ke mid dah macam nak pegi Kuantan. Lamanya dalam kereta. Ape taknya dengan panas, dengan jemnya semua orang menuju ke Mid. Parking pun penuh. Tapi Ashraf masuk jer yang penuh tu, pusing-pusing tunggu orang keluar. Kalau masih tunggu kat luar panas macam udang kena bakar la. Sebenarnya Are inn nak ke Expo barangan baby, due dah dekat barang banyak lagi tak cukup. Alang-alang ada expo macam ni ok jugak, dapat la cari dengan harga berpatutan. Sambil-sambil kami jalan-jalan cuci mata. 

Agak-agak sesuai tak ;p


peace no war~


Test drive dulu, mana tahu ada rezeki nak dapat yang ni.. ~

Daddy nak beli keta ni eh mummy, baby terasa nak naik keta ni nanti ~

 Berbuka puasa berbumbungkan langit kuning ;)

Buat pertama kalinya tahun ni saya berbuka puasa berbumbungkan langit di tasik permaisuri. Kami ke bazar tasik permaisuri, waktu dah suntuk so berbuka dulu lah kat tepi tasik best jugak. Sebelah malamnya ada agenda lagi. Tapi sebelum tu kami balik dulu untuk mandi manda dan solat. Malamnya ada sesi bakar-bakar di RUMAH BUJANG kat puchong….Upssss saya??? Memang saya  bujang, tapi pergi rumah bujang ada perempuan, MAK BUYONG ada, pastu ada lagi yang bawak anak-anak pun ada. Satu hari ni jadual full so tak sempat la duk termenung kat rumah. Rasa macam tak cukup 24 jam satu hari. Happyyyyyyyyyyyyy :)

1 Ramadhan

Berpuasa 1 Ramadhan di kampung halaman sangat  menyeronokkan. Saya pulang ke kampung sama kak ina ngan abang ain. Tapi saya tak balik dengan diorang saya balik dengan orang yang sudi menghantar saya…. Hari pertama puasa dah boleh berbuka dengan Mak memang best la. Macam biasa la awal-awal puasa juadah berbuka penuh jer sampai tak sempat nak makan. Sambung makan balik selepas terawih. Tapi dekat kampung kami tidur awal. Balik terawih duk sembang-sembang sekejap terus tidur. Kat kampung tak sama dengan kat KL. Pukul 10.30 tu dah terasa sejuknya. Sebab tu tidur awal. 

Menu berbuka yang simple di kampung halaman....

Keesokan harinya kami ke Kuala Berang untuk shopping barang dapur sikit. 
Bawak budak-budak jalan





Bulan-bulan puasa ni, nasi goreng ni pun nampak macam best~

tengoklah budak dua orang ni berebut bendera Malaysia sambil makan di bulan ramadhan...patriotik betulla...

Kak kina ngan abang ain balik sekejap jer sebab isnin dah keje. Tapi saya cuti agak lama. Rabu baru keje, so sekali lagi saya balik KL dengan orang sudi ambik saya.. Kami berbuka puasa di hentian kuantan, berkelah kat situ.

Suria KLCC

Setelah agak lama mengidam nak makan Spageti akhirnya tercapai jugak. Saya ke KLCC dengan wan sambil-sambil pergi maxis centre, kami makan la spageti KLCC yang sedap tu. Dari office ke KLCC takda la jauh sangat  tapi kalau tersalah jalan masuk jem memang jauh la jadinya. Wan dah jumpa jalan tak jem, so agak senang la untuk kami ke KLCC tanpa rasa stress jem. Tujuan utama ke KLCC ni sebenarnya nak pegi Maxis Centre untuk buat Sim Kad baru. Yang lama hilang dengan telefon sekali hilang. Tragis sungguh.

Ape-ape kita amik gambar tiang dulu, senang nak cari

Sedapnya spageti oja ;)

Ni menu wan :)

Ya Allah tetiba jer hari ni jiwa ni membuak-buak nak makan spageti KLCC ni..Adehhh takpa akan buat sendiri dirumah baru puas hati makan. ermmm menu berbuka puasa hari ni. ;)

Monday, August 13, 2012

Santai

Sukanya dia dapat santai-santai kat rumah. Dari duk berjimba-jimba kat luar baik habiskan masa di rumah. Selain dapat rehatkan badan dapat la jugak kemas rumah basuh kain baju yang melambak agak-agak stok sebulan. Nasib la ada mesin basuh kalo jenis tak pakai mesin basuh macam saya ni mau patah pinggang. Bukan taknak beli tapi saya fikir agak susah la nanti kalau nak berpindah. Lagi pun saya belom bercadang nak berumahtangga di mana, Jodoh tak tahu kat mana lagi. Tunggu dapat jodoh saya beli la…

  


Majlis Pelancaran Buku

Majlis Pelancaran Buku Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah bertajuk Masih Adakah Ketuanan Melayu ? dan Cabaran Saudara Baharu di Malaysia….kami langsungkan di Kementerian Pertahanan Jalan Semarak. Agak sukar untuk mengadakan program disana kerana banyak prosedur dan security yang perlu dipatuhi. Tetapi atas permintaan Dr. Ridhuan Tee kita teruskan juga, tak cuba tak tahu.. Majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Cuma ada sedikit kesulitan dengan catering VIP tapi Alhamdulillah semuanya selesai dan kami dapat makan sedap….Audience terdiri daripada pegawai-pegawai khas angkatan tentera dari kementah. Agak memenatkan untuk habiskan satu program. Tapi takpa sebab malam kejadian saya balik kampung untuk berpuasa dengan keluarga.

Bos Fahmi dengan penuh gayanya.. BOS merangkap MC pada hari kejadian.. Sian bos kena jadi pengacara majlis. Saya bukan tak boleh, cuma ada menteri saya rasa ada baiknya kita gunakan suara lelaki. Nasib baik bos sanggup. Fuhhhhh kalo tak memang saya kena la. Thanks Bos.

usher yang bertugas menjaga vip dan tetamu pada hari kejadian


Jom ke auditorium ~






Untuk pertama kalinya seumur hidup saya jadi pekerja katering dan setup meja VIP sendiri..Dasyat rasa. sangat memenatkan. Semuanya gara-gara pekerja katering tidak dapat masuk pada waktu yang ditetapkan. Hampir jam 12.00 tengahari makanan masih belum dihidangkan. Gigil rasa lutut, takleh bayang VIP + menteri naik nak makan tapi makanan belum ada lagi. Habis la... Nasib baik sempat hidang makanan sebelum VIP naik ke dewan. Menteri terpaksa balik sebab ada kecemasan di hospital.



Bersama Dr. Ridhuan Tee Abdullah


Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia