Bengkel
Penulisan Bersama pensyarah-pensyarah dari kolej komuniti seluruh Malaysia
telah kita langsungkan selama 5 hari di Flamingo Hotel, Ampang. Selama 5 hari
itu jugalah saya dan wan berkampung di hotel berkenaan.
Dengan peserta seramai 26 orang saya bertindak sebagai penyambut tetamu, urusetia yang memang setia dan pengacara majlis yang tak bertauliah. Memang agak berdebar sebab berhadapan dengan pensyarah-pensyarah yang berpengalaman ditambah pula saya kurang pengetahuan dalam bidang penulisan. Agak sukar saya nak ulas apa-apa. Tu yang menyebabkan kadang-kadang saya jadi gugup bila bercakap di hadapan. So pengajarannya disini study dulu sebelum berdiri kat depan baru la tak gabra.
Peserta & Urusetia
Dua hari terakhir kami sempat ke Utusan Printcorp bangi untuk melawat kilang percetakan. Selamat kerja dengan Utusan, ni la pertama kali saya melawat kilang cetak, akhirnya sampai jugak. Kami pergi dengan bas yang di sewa khas untuk ke Bangi.
Jutaan Terima Kasih kepada pihak pengurusan Utusan Printcorp kerana sudi menerima kunjungan kami :)
No comments:
Post a Comment