Monday, August 13, 2012

MyLove

Hari ni hari sabtu, saya ke umah akak di bukit jalil. Niat asal nak buat kueh raya tapi tak jadi sebab akak dengan abang ipar kuar pergi Jalan TAR cari baju anak-anak. So saya dirumah menjaga anak-anak buah yang comel dan nakal. Penat bulan-bulan pose ni kena ligan ngan budak dua orang ni.

Menuju ke pasar ikan~

Bakal 'DATUK BANDAR KL' hihihih..mengadap jer keje dia ni.

Dari pagi sampai petang tak nak tidur-tidur jugak, gaduh nangis la…hampir 3.30 saya jerkah mengamuk baru la nak diam.. Adik sempat terlelap sekejap sebab dah takut Mak Cik mengamuk. Geram jugak dah la pening kepala. Dalam masa yang sama hari kejadian ada gangguan dihati sikit.. Sian diorang jadi mangsa.

Hasil selepas kena marah~

Petanda orang ngantuk dan lapar, dua-dua isap jari ~

haaaaaaa dapat susu takda la isap jari..

baju raya yang umi & abi dah beli..

Pukul 4.00 petang ummi dengan Abi diorang dah balik tak rasa ape tido. Bangun tidur try baju raya, dengan baju raya tu diorang pergi surau untuk solat asar. hehehe nakal la budak-budak ni..

No comments:

Post a Comment