Monday, August 13, 2012

Tinggal Kenangaan

BB 9220 kini tinggal kenangan. Handfon ni saya baru pakai 2 minggu tapi agaknya bukan rezeki saya untuk bersama dia, Blackberry ni hilang entah ke mana. Mungkin kecuaian saya. Hari yang sama saya bertugas pameran MIFB di PWTC, hari yang sama juga saya hampir di langgar kereta. Tepon tu terjatuh dalam teksi kot sebab masa dalam teksi ada lagi saya sempat baca mesej SOMEONE SPECIAL. Tapi konon nak tunggu balik dulu baru nak balas. Saya balik rumah baring kejap semayang baru saya cari tepon. Kelam kabut tengok-tengok telefon dah takda. Try call mula-mula aktif lagi, lama-lama dah off. Bateri full seingat saya. 

Hari kejadian ada sesuatu mengganggu saya sampai saya hilang focus. Tak perlu la saya ceritakan di sini, tapi rasa gelisah jer hati macam ‘bengkek jer’ ermmm ape nak jadi tak tahu la. Lepas maghrib AWAK datang ambik then terus pergi maxis centre tapi takda hasil sebab maxis KLCC dah tutup bangunan yang menempatkan BB centre pun dah tutup. Dengan mood yang kurang baik tu, dengan baru lepas menangis saya balik dengan hampanya. Keesokan harinya saya pergi lagi sekali ke Maxis centre dengan wan untuk buat sim kad baru. Kejadian ni memang memberi pengajaran kepada saya. Tapi sekarang saya dah dapat pengganti BB baru. Thanks U…saya takut nak pakai. selepas beberapa hari baru saya pakai.

InsyaAllah saya akan jaga yang baru ni dengan sebaik mungkin. Moga ada jodoh saya dengan dia, dan jodoh kami (saya dan BB baru) berpanjangan....hehehehe

No comments:

Post a Comment