Tuesday, June 19, 2012

Jamuan Perpisahan Untuk Rose

Hari ni Jabatan Editorial & Production buat makan-makan untuk meraikan staff praktikal yang akan tamat LI. Hari ni last Rose berkhidmat kat UP&D. Alang-alang kami tumpang Rudi skali. Hari ni last rudi berkhidmat di Unit Promosi. Lepas ni dia akan ke ITBM.. Alhamdulillah rezeki dia di sana pulak. 

Jamuan tengahari ni masing-masing masak lauk sendiri kat rumah, nasi kita masak kat office jer. Dasyat betul diorang ni bab makan memang superb. Banyak lauk terhidang diatas meja sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Tapi memang kena rasa semua la. Pagi tadi wan masak sambal udang petai. Tadi saya tengok siap ada sambal tempoyak, budu, sambal belacan & ulam ulaman. Alhamdulillah kenyang sangat-sangat makan tengahari ni.

 Kadang-kadang program macam ni dapat mengeratkan silaturrahim antara staff. Bos skali join. Hehehe.

sambil-sambil makan sempat la kita snap-snap gambar dulu, cameraman tak bertauliah, Abg Sham TQ sebab snap gambar i..

 En. Mahadir Adun, persis maskot KFC 

 Sambil-sambil makan pun sempat lagi peace no war, yang penting i cantik dalam gambar hehehe.

Jemput makan semua.......Scha @ shafiq masak menu istimewa hari ni spageti. Best spageti dia, sehingga menjilat jari. Dah makan nasi sepinggan tapi rasa nak makan lagi spageti..

     
Hafiz & Rudi geng satu kepala entah ape-ape yang dibincangkan, saya agak la diorang ni tak lain jaming, guitar& Band =) sebab tu diorang berdua ni boleh masuk, kongsi minat yang sama.

 Usyar-usyar orang makan, lamanya diorang ni makan tak habis-habis. Duk depan periuk nasi padan la, selagi nasi dalam periuk tak habis selagi tu tak bergerak la cik Azwa ni.

 Kenal tak sape ni???? haaa ni la cik wan tengah melahap spageti buatan scha.Wan pun duk sebelah bekas nasi.. sebelah cik wan tu my bos En. Fahmi. Nasi dah habis sepinggan, sempat lagi dia sebat spageti. Dasyat betul kuasa perut wan. Hahahaha jangan marah cik wan.

 Sambil-sambil makan sempat lagi renyeh =)

 Ini dia Rudi Martopo, hihihihi. last day ari ni yer.  Makan kenyang-kenyang sampai menampakkan perut udi yang dah makin bun*** hehehe.

 Gosip @ dunia semata. Wan Faizatul!!!!!! Tak habis-habis lagi makan.

Scha, Kak Bah & Rose =)

Monday, June 18, 2012

SUNWAY

Pertama kali menjejakkan kaki ke sunway, kesiankan duk KL bertahun Sunway pun tak pernah pergi. Untuk pertama kalinya saya ke sunway dapat la jalan-jalan tengok-tengok apa yang patut. Seronok walaupun hanya jalan-jalan menghabiskan masa. Hampir 3 jam di sunway tak terasa masa berlalu, sepertinya baru sekejap sampai. Masa yang sangat berharga saya habiskan dengan sebaik mungkin. Dengan harapan tidak ada apa yang boleh mengganggu ketenangan hari ini. Terima Kasih banyak-banyak. Lepas ni Cik Wan kena bawak saya datang sini lagi sebab rasa nak jalan lagi J

Rasa macam Permaisuri duk kat kerusi ni, kemain besar lagi. Tapi malu sebab orang pandang. hehehe sejak bila oja jadi pemalu, biasa tak malu pun. Takkan malu kat kameraman kot hahahaha :P




 Sedapnye la dapat makan ice cream =)

 Sweet :)


 Nak makan ape??? kepci ke mcd pilih pilih...
saya pilih ayam kepci dan icecream mcd. Oreo mcflury best, sebenarnya nak 
sundae strawbary tapi takda oreo pun boleh la.

 Rasa macam kat Genting, berasap siap. Yang bezanya asap genting sejuk tapi asap Sunway takda rasa apa-apa. Silap-silap boleh tumbuh jerawat kena asap ni.

 Bestnye tengok orang mandi manda kat taman tema ni. dah lama tak pergi taman tema. Last pergi dengan family kat Bukit Gambang, Gambang Water park. Tu pun sekejap jer, habis gelap muka. hari ni pergi Sunway cuaca mendung dan tak hujan. Cahaya matahari segan silu nak keluar terhalang oleh jerebu. Habis satu KL berasap. Ingatkan kenapa la berasap jer rupanya jerebu. Dasyat betul tiap-tiap hari dapat paper tapi tak baca, dah la berita tak tengok. Tak tahu apa-apa jadinya. Nasib baik ada reporter tak bertauliah tolong bagi cerita hehehe =)


 hehehe tak senonoh oja makan, bulat jer muka... macam makin bulat jer. Ermmm tak boleh jadi ni.

Pukul 2 keluar pergi ronda kat tempat lain pulak. Sebelum keluar kita tunaikan dulu kewajipan sebagai Umat Islam =)

SnowWhite (^_^)

1st berdua
2nd berempat

 Cerita yang paling latest oja tengok citer snow white, dua kali pergi tengok cerita ni. Best jugak la..saya pegi tengok dua kali bukan sebab best tau, tapi sebab kawan-kawan nak tengok apa salahnya pergi kan. Apa sahaja untuk sahabat. Hidup saya rasanya kosong kalau takda teman-teman sekeliling yang sentiasa ada saat saya memerlukan J. Lepas ni kalau ada yang ngajak pegi tengok lagi, saya akan pergi lagi. No hal.



Kenangan Dolu-dolu

Cepatnya masa berlalu, bermacam-macam perkara telah berlaku. Dah agak lama saya tak imbas kembali kenangan lama yang sangat-sangat saya rindui. Kenangan bersama-sama sahabat di Universiti yang tak mungkin kita dapat undur kembali. Tak mungkin dapat dikutip ditempat-tempat lain. Yang tinggal hanya kenangan dan persahabatan yang masih erat terjalin InsyaAllah takkan terputus sampai bila-bila. Bila tengok balik gambar-gambar lama, lucu pulak rasa, bulatnya oja. Sekarang pun masih bulat lagi, Cuma sekarang Nampak lebih matang. Cerah sikit kot dari dulu tu yang menampakkan oja lagi comel. Hehehehe


Bersama dik Anis, still contact lagi. Dik anis masih di Terengganu dan sekarang telah pun bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Macam mana ni adik nak langkah akak ni.

 Tiga sahabat yang masih setia. M'mah, wan & Oja. M'mah di Terengganu tapi kami masih berhubung melalui telefon dan laman sesawang facebook. Dan kami baru balik dari Terengganu buat jejak kasih. Oja & wan masih berdua di Kuala Lumpur. Bekerja di tempat yang sama dan tinggal berdua. Tak sangka kami masih berdua. Dan yang paling best kami satu bilik bertiga ni masih single n available wawawawa ~

 Kalau tak silap masa ni Banglo & Maidam buat BBQ di Pantai Tok Jembal.
Jejaka yang berdua tu Zul & Yie. Zul ada di Terengganu dan masih berhubung seperti biasa. Tak hilang lagi sebab rajin update facebook. Ayie pulak berada di Kuala Lumpur sekarang, dah lama tak jumpa maklum la sibuk memanjang. Dulu-dulu rajin jugak keluar 'dating', tapi sekarang nak 'dating' pun tak sempat maklum la weekend jer ada agenda sendiri. Biasa oja pegi jalan dengan ayie kat KLCC yang paling kerap pusing-pusing Jalan TAR. Tengok-tengok barang kat SOGO. Saja hilangkan boring dihari minggu. Kalau ada masa kami keluar jer tengok wayang. Kawan-kawan yang lain za, anis, kak chik, kema, cik Ros...upsss puan ros tu semua teman satu rumah banglo zaman belajar dulu. :)

 Masa ni Celebrate befday wan...picture ni wan ngan m'mah bagi oja masa befday oja yang ke 23 tahun.

.
 Cantik tak colour kami, tak rancang pun tengok-tengok semua sama hehehe =)

 at Dewan Sultan Mizan UMT

 Jamuan Raya Poseso

 Masa ni ade ape erk, lupa la ~ Pesta Konvo kot. yang pastinya masa ni Tahun 1.

 Haaaaaaaa ni la Oja zaman dolu-dolu hehehe sememeh jer.

 =)


 Banglo di jemput ke kenduri kawin kakak Zul, satu rumah pergi buat rombongan hehehe malu jugak, tapi masa ni redah jer.

Dinner poseso final year. with zul & sha..

Jalan Kembali Bohsia



Bahagianye la dapat tengok wayang hehehe teruk betul, keje kumpul tiket wayang jer.



Menonton lagi, ni je la kerja saya & Cik wan + Incik sorang lagi. Balik kerja dah petang, seharian di office balik kerja boleh pulak pergi serbu panggung. Ni la hidup orang bujang, selagi belum berkeluarga selagi itu la boleh buat sesuka hati asalkan tidak melanggar batas-batas Agama. Dunia akhirat biarlah seimbang. Satu perkara yang saya sentiasa tanamkan dalam diri. Jaga diri baik-baik, jaga pergaulan, jaga hati orang lain. Kadang-kadang tersasul jugak, yer la kita manusia biasa tak lari dari membuat kesilapan. 

Berbalik kita kepada cerita yang kita tengok ni, hari pertama cerita ni keluar terus pergi tengok. Panggung memang penuh la. Kebetulan memang niatnya nak tengok cerita ni tapi takda la sampai nak tengok hari 1st cerita ni keluar. Alang-alang incik yang seorang ni mengajak kiter, saya dengan wan pun bukan ada nak buat apa-apa kat rumah, so jom la kita pergi. Not bad la cerita ni ada part-part yang kelakar yang menyakitkan pun ada. Seriau rasa kena jolok hahaha, nak tahu apa yang kena jolok tu kena tengok sendiri la tak sanggup den nak story kat sini. Incik cakap nak tengok cerita lain pulak lepas ni. Incik ni sape???? Ooo incik ni kawan kami.

Sunday, June 3, 2012

Special 4 U dear (^_^)

Istimewa untuk kamu!!!!!


Cantik tak picture ni, ada orang tolong sketchkan untuk saya...cantik kan berkenan pulak hehehe. Nanti nak frame gantung kat rumah la.




Saya & Coklat (^_^)


Coklat....saya jarang beli dan makan coklat. Tapi kali ni saya dapat coklat dari Langkawi. Ada sorang kawan bagi. Dia pergi jalan-jalan dengan family dia. Agaknya dia teringat kat saya yang comey ni kot tu yang dia belikan saya coklat..hehehe. Rasa macam insan terpilih pun ada. Ermmmmm apakah!!!!

Takpa berbalik kita kepada cerita coklat, saya dapat DAIM~ bukan BAIM tau. BAIM tu wan faizatul ~hahaha jangan marah wan. Saya cakap kat wan jangan curi DAIM saya nanti saya kira tak cukup satu saya cari wan..Kalau pergi Langkawi memang tak sah kalau tak beli coklat DAim sebab saya suka sangat la coklat ni. Nak kirim minyak rambut segan. 

Thanks a Lot, saya happy sangat2 =)



Terima Kasih banyak-banyak kepada anda yang bagi coklat sweet ni pada saya, saya suka =)..lain kali bagi la lagi wawawa orang bagi betis nak paha. Teruk betul. Sayang pulak nak makan coklat ni, kalau sayang bila nak habis isk3. Jangan amalkan selalu makan coklat tau tak berapa baik untuk kesihatan. Tapi yang ni sahabat saya bagi dan saya makan pun bukan belasah terus sampai habis, makan sikit2 sebulan baru habis ni ~hehehe.