Monday, June 18, 2012

Kenangan Dolu-dolu

Cepatnya masa berlalu, bermacam-macam perkara telah berlaku. Dah agak lama saya tak imbas kembali kenangan lama yang sangat-sangat saya rindui. Kenangan bersama-sama sahabat di Universiti yang tak mungkin kita dapat undur kembali. Tak mungkin dapat dikutip ditempat-tempat lain. Yang tinggal hanya kenangan dan persahabatan yang masih erat terjalin InsyaAllah takkan terputus sampai bila-bila. Bila tengok balik gambar-gambar lama, lucu pulak rasa, bulatnya oja. Sekarang pun masih bulat lagi, Cuma sekarang Nampak lebih matang. Cerah sikit kot dari dulu tu yang menampakkan oja lagi comel. Hehehehe


Bersama dik Anis, still contact lagi. Dik anis masih di Terengganu dan sekarang telah pun bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Macam mana ni adik nak langkah akak ni.

 Tiga sahabat yang masih setia. M'mah, wan & Oja. M'mah di Terengganu tapi kami masih berhubung melalui telefon dan laman sesawang facebook. Dan kami baru balik dari Terengganu buat jejak kasih. Oja & wan masih berdua di Kuala Lumpur. Bekerja di tempat yang sama dan tinggal berdua. Tak sangka kami masih berdua. Dan yang paling best kami satu bilik bertiga ni masih single n available wawawawa ~

 Kalau tak silap masa ni Banglo & Maidam buat BBQ di Pantai Tok Jembal.
Jejaka yang berdua tu Zul & Yie. Zul ada di Terengganu dan masih berhubung seperti biasa. Tak hilang lagi sebab rajin update facebook. Ayie pulak berada di Kuala Lumpur sekarang, dah lama tak jumpa maklum la sibuk memanjang. Dulu-dulu rajin jugak keluar 'dating', tapi sekarang nak 'dating' pun tak sempat maklum la weekend jer ada agenda sendiri. Biasa oja pegi jalan dengan ayie kat KLCC yang paling kerap pusing-pusing Jalan TAR. Tengok-tengok barang kat SOGO. Saja hilangkan boring dihari minggu. Kalau ada masa kami keluar jer tengok wayang. Kawan-kawan yang lain za, anis, kak chik, kema, cik Ros...upsss puan ros tu semua teman satu rumah banglo zaman belajar dulu. :)

 Masa ni Celebrate befday wan...picture ni wan ngan m'mah bagi oja masa befday oja yang ke 23 tahun.

.
 Cantik tak colour kami, tak rancang pun tengok-tengok semua sama hehehe =)

 at Dewan Sultan Mizan UMT

 Jamuan Raya Poseso

 Masa ni ade ape erk, lupa la ~ Pesta Konvo kot. yang pastinya masa ni Tahun 1.

 Haaaaaaaa ni la Oja zaman dolu-dolu hehehe sememeh jer.

 =)


 Banglo di jemput ke kenduri kawin kakak Zul, satu rumah pergi buat rombongan hehehe malu jugak, tapi masa ni redah jer.

Dinner poseso final year. with zul & sha..

No comments:

Post a Comment