Friday, December 24, 2010

~ 18 Disember ~ Di Kuala Terengganu

Pada pagi sabtu hujan turun renyai-renyai, tetapi memandangkan rancangan telah di atur awal sebelum ini, jadi saya keluar jugak dari rumah. Berjanji dengan rakan-rakan jam 10.30 pagi menyebabkan saya bangun seawal 6.15 pagi. Selesai Solat subuh, saya ke dapur melihat apa yang patut. Mak dah siapkan sarapan walaupun semalam katanya taknak masak. Sebelum keluar saya sempat la minum seteguk air. Saya terpaksa ke Pekan Kuala Berang untuk membeli tiket ke Kuala Lumpur sebelum ke Bandar bertemu rakan-rakan. Hampir jam 11 pagi saya sampai di Bandar. Kesian kawan-kawan terpaksa menanti si cantik ni hehe…Sudah agak lama tidak bertemu, hari ni saya dapat bersua muka dengan kawan-kawan universiti ~ Suhada Nordin a.k.a Ida, Roziz a.k.a Jik, Zulkifli Awang a.k.a Zul, Rahimah a.k.a m’mah dan Rabihah a.k.a B. Kami berkumpul di KFC Kuala Terengganu. Seronok bersembang setelah setahun lebih menamatkan pengajian. Ada yang dah kerja, ada yang belum ada kerja, yang penakut dulu pun dah beli kereta…Best kan. Arap-arap nanti sampai turn saya pulak. Setelah selesai solat Zohor, kami ke Taman Syahbandar. Masing-masing datang dengan kenderaan awam, so tak dapat la nak pergi jauh. Biha sampai agak lewat dalam pukul 2 petang. Dah makin kurus dah. Kami ambil keputusan untuk ke pantai batu buruk memandangkan kat Taman Syahbandar takda apa yang menarik. Kami singgah di deretan kedai berdekatan pantai batu buruk. Makan lagi!!! Biha belanja. Kata Biha tunggu saya balik lagi sekali kita g makan ikan bakar kat Gong Badak pulak. Cepatnya masa berlalu, sedar-sedar dah hampir jam 4 petang. Saya kena balik nanti takda bas. Sebelum berpisah kami sempat bergambar di pantai batu buruk. TQ semua nanti kiter jumpa lagi yer kawan-kawan. Luv U oll.



                               M'MAH


                                    ZUL


Pic ni jer yang ade dalam enset saya, nanti bila m'mah bagi gambar lain saya upload lagi...

New Pic yang sy dapat dari ma'mah untuk tontonan semua.







~ SIFAT 20 ~


Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui.

BIL : 1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

BIL : 11
SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.

                         ~ Jangan lupa Hafal tau!!! ~

Thursday, December 23, 2010

~Bekerja~


Setiap pagi, waktu kerja bermula pada jam 9.00 pagi sehingga la ke jam 6.00 petang. Sejak bekerja, sudah menjadi rutin pergi dan balik kerja. Nasib saya agak baik sebab jarak tempat kerja dengan rumah sangat la dekat hanya memakan masa 15 minit berjalan kaki sambil melenggang kangkong dan berbual-bual. Sebagai seorang yang baru nak bertapak dalam dunia pekerjaan, saya sangat berharap agar dapat menjalankan kerja dan tanggungjawab dengan ikhlas dan sepenuh hati. Tapi sejak kebelakangan ini saya banyak merungut dalam membuat kerja. Macam-macam benda yang tak kena.

Setiap pagi nak pergi kerja saya akan berkata ‘bosannyer’, ‘malasnyer’ nak g kerja. Ada sesuatu yang tak kena, saya sendiri tak faham kenapa macam ni. saya dapat rasakan  jiwa tak serasi dengan kerja yang dilakukan sekarang. Hampir setahun sy mencari rezeki disini, baru sekarang saya rasakan ketidakserasian. Staf semua baik-baik cuma ada sesuatu yang membuatkan saya bosan. Walaupun agak penat dengan situasi sekarang tapi saya terpaksa juga hadapi semua ini sebab saya masih terlalu mentah dengan situasi ini. Ya ALLAH kau kuatkanlah semangat hambaMu ini. Saya sangat berharap agar diri ini akan lebih kuat untuk bertahan dalam dunia pekerjaan yang penuh politiksss.

Monday, December 20, 2010

Myself~





Nama diberi Rozaini Binti Abd Razak. Orang-orang terdekat memanggil namaku Oja. ade juga yang memanggil nama ku Roza. Apabila adik-beradikku mula marah, akan dipanggilnya nama penuh ku..ROZAINI!!!!!. Asalnya saya di lahirkan di (F) Jengka 5, Pahang tetapi dibesarkan di Terengganu oleh Ibu. Sampai sekarang kalau orang bertanya saya ni orang mana, saya lebih senang menjawab sy orang teganu. Dilahirkan pada penghujung januari iaitu 30/01/1986 pada jam 1.20 pagi. Masih single & Available dan sedang mencari calon yang sesuai hehe... Merupakan anak ke-6 daripada 7 beradik. Telah bekerja sekarang di Kuala Lumpur walaupun bukanlah pekerjaan yang saya harap2kan. Tak mengapa masih rezeki yang halal. jadual harianku, pergi kerja balik kerja. Hari Minggu keluar jalan2 dengan kawan-kawan. Walaupun agak bosan dengan jadual sekarang, tapi saya terpaksa juga lalui semua ini.

Wednesday, December 15, 2010

MARI MEMBACA..

                                     
kepada rakan-rakan, waktu lapang saya suka baca buku tak kira la novel ke, magazine ke termasuk la buku di atas. First2 orang hantar buku ni, saya terus baca sebab tajuk dia agak menarik. dalam masa 40 minit jugak la saya boleh habiskan buku ni. Ceritanya pendek je tapi nak betul-betul memahami terpaksa la saya baca berulang-ulang kali. Pada yang masih bujang jangan lupa baca buku ni, banyak maklumat yang berguna untuk kiter. Pada yang dah kawen pon kalau nak baca takda masalah silakanlah.........

Jenjalan D Jom heboh

   Sempat berposing dengan artis hehe..:)


Hari pertama di Jom Heboh..Kami bertolak dari rumah pukul 10.30 pagi. Janji dengan ayie nak jumpa kat sana pukul 10.00 la konon pukul 10.30 kat umah lagi. Sesampai jer kat stesen Bukit Jalil, saya agak terkejut la dengan orang yang ramai tu. Bersesak-sesak juga sebelum dapat lepas dari kaunter. Sebelum apa-apa saya dengan wan pegi makan dulu. Tambah tenaga sebelum ronda-ronda. Sementara Tunggu Ayie sampai, kami ambil la dulu apa yang kami nak makan. Memandangkan dah agak lama tak makan gulai kawah, saya mintak la orang kat gerai tu isikan gulai lembu tu. Dia bantai isi penuh semangkuk. Puas jugak la saya dengan si wan nak habiskan. Habis Diet saya hari ni, telan daging lembu banyak sangat. Sesudah makan kami pun memulakan operasi iaitu meronda ronda di kawasan Jom Heboh. Konon taknak la nampak pelik, baju dah elok pakai baju ladies, kasut pakai kasut tinggi, Jalan sikit dah lenguh. Kalau ikutkan saya ni, belasah jer pakai selipar jepun. Tapi memandangkan baju dah cantik saya batalkan hajat berselipar jepun. Setelah agak lama berpusing-pusing dalam orang ramai, kami pun berhenti la di salah satu booth. Ternampak la dua orang artis yang berposing-posing di atas pentas bersama peminat-peminat. Nak dibuat cerita, wan dan ayie pun nak g beratur untuk bergambar bersama artis berkenaan. Saya ni Follow kat belakang sebab nak amikkan gambar diorang. Tetapi untuk mengelakkan terlalu lama bergambar, pekerja kat situ yang tolong ambilkan gambar, So saya pun masuk skali la. Dapat juga la berapat-rapat dengan Fauziah gous dan Ikram Dynzli. Habis bergambar kami pun bergerak la ke gerai lain, dapat la wan bergambar dengan Intan Ladiyana. Penat la jugak jalan2. Disebabkan terlalu panas, kami pun ambil keputusan untuk balik. Tapi dengan serta merta jadual berubah bila melihat waktu yang masih awal. Dalam sakit kaki tu kami pun berjalan la ke Times Square untuk tengok wayang. Nasib baik la tiket awal. Selesai solat zohor  terus masuk panggung. Agak best la cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Penat gelak Lepas Habis Tengok wayang kami terus balik. Dalam 5.30 jugak.

Hari kedua Jom Heboh, Ingatkan semalam nak beli tiket balik kampung boleh pulak lupa. Sekali lagi saya dengan wan keluar untuk beli tiket. Kali ni tak ajak la ayie, kesian dia nak datang jauh-jauh. Lepas beli tiket kat stesen Bukit Jalil, kami terus naik ke tapak pameran. Tengok orang ramai semacam, singgah la sekejap. Sempat la kami meronda-ronda di kawasan Melodi, booth Cereka. Sekali lagi bergambar dengan artis. Wan nak sangat bergambar ngan adik Mia Sara, akhirnya dapat pun. Siap ley peluk-peluk lagi. Disebabkan cuaca yang terlalu panas, terpaksa la kami balik. Pukul 2 dah sampai rumah. Esok kerja, penat jer dapat. Tapi takpa dapat hilangkan boring dan tension.

Hari Jumaat Di Banglo


Banglo di huni oleh gadis-gadis yang ceria dan cantik-cantik belaka. Bilik depan, ada cik Ros, Anis, K.ida dan Iza. Bilik tengah Pula di huni oleh wan, Imah dan Oja. Bilik sebelah mami dan erin dan bilik paling hujung kak chik dengan Kema. Hari Jumaat adalah hari yang di nanti-nantikan oleh mereka satu rumah. 


Pagi jumaat tu, Oja bangun sOlat subuh agak lewat 6.35 a.m baru terjaga. Cepat-cepat berkejar ke bilik air. Alahai ade orang la dalam bilik air, ni cik ros la ni. Mak ai lamanya. Ha reti pun nak kluar ingat nak berkampung dalam bilik air tu, sempat lagi oja fikir macam tu, kalau cik ros tahu masa tu masak oja kena basuh ngan cik Ros. Lepas oja masuk bilik air agaknya berduyun-duyun ahli banglo tunggu turn. Tu la masing-masing tidur lewat bergosip la katakan. kecuali Erin yang bergosip sekejap jer. Lepas solat subuh macam biasa la baring balik kat tilam, sejuk memang tilam memanggil-manggil. Wan ngan m’mah pun sama. Ish tak leh jadi nih, oja pun bangun pergi ke dapur. Asal pagi jer sibuk fikir nak makan ape.


Yang lain-lain duk layan perasaan lagi dalam bilik. Oja duk berkira-kira nak masak apa pagi tu. Biar special sikit dari hari-hari biasa. Nampak mami ade kat depan duk sapu sampah, dah mcm mak cik-mak cik dengan tshirt ngan kain batik dia tu. Hehe kata kat orang, dia pun sama dengan baju kelawar..tu belum tengok yang lain-lain lagi tu. C. ros dengan tshirt pink seluar tdo, wan dengan seluar kartun dia. M’mah suar pendek. Anis…cemana erk, seluar seksi ngan tshirt takde lengan. Za, kikiki seluar kartun, menghadap laptop la tu dalam bilik pagi-pagi buta. Kak cik ngan kema buat ketupat kot dalam bilik. Diorang ni bagus, bangun awal, kadang-kadang jer bangun lambat. Haaa erin buat aper dalam bilik tu!!!ngadap laptop, oter sana oter cni tu la keje nya. Mami la paling awal antara kami, lepas subuh tadi dia tak betapa dalam bilik tapi pegi basuh baju siap-siap. Maklum la stok seminggu melimpah-limpah la. Tak tau nak masak ape yang special pagi ni, just masak nasi goreng dengan telur dadar. Macam  biasa, masak untuk semua. Siap masak, terus mandi dan duduk-duduk kat ruang tamu. Macam tu la jadual setiap hari jumaat. Termenung ni dah jadi satu hobi bagi Oja.


Hampir tengahari semua dah berkumpul kat ruang tamu, masing-masing sibuk duk berbincang ape yang nak dibuat satu hari ni. Sebelah petang kami akan ke pantai kalau tak hujan. Jalan-jalan sambil keluarkan peluh yang segan nak keluar ni. Maklum la jarang-jarang sekali nak berjoging. Nasi goreng yang oja masak tadi belum makan, tapi dah sibuk duk bincang tengahari nak makan ape.. tu la keje kami, makan makan makan. Study malas. Time nak exam jer study macam nak mati. Zaman student sangat la seronok hidup penuh ceria. Takda apa yang nak dirisaukan. Cuma nak kena study dan exam. Masa ni takda apa-apa tanggungjawab lagi.


Sebelah malam biasanya lepas isyak baru semua keluar tengok TV. Antara maghrib dengan isyak tu kami buat amal jariah la sikit, bertafakur kat dalam bilik masing2. Susah senang kami bersama kat banglo tu takkan dapat dilupakan. Rumah tu dah macam kampung kami jadinyer. Majlis buka puasa pun kami buat kat rumah tu. Kalau ada kenduri kat kawasan rumah kami pun di jemput. Maklumla semua lawa-lawa, ade la yang jadi calon menantu. Nak cover taknak bagi nampak sangat, jemput semua…hehe. Jgn marah yer cik Ros. Semua kenangan tu tersemat kukuh dalam ingatan Oja. Walaupun masa tak dapat diundur, sekurang-kurangnya kenangan yang sedikit tu menjadi pengubat rindu pada kamu semua…Anis Najihah, Rosrizaini, Rosnaliza, Faridah, Rahimah, Wan Faizatul, Azreen, Shazwani, Nor Asyikin, Akmal & Suhada. Thanks 4 Everything. Miss U all.

Raya Haji di Kuantan

Musim raya haji dah tiba, sehari sebelum raya semua org kerja. Saya kerja, kak ina dengan abang ain pun kerja. So, terpaksala kami balik malam raya. Perjalanan ke kuantan biasanya memakan masa dalam 2 jam lebih, tapi malam tu kami mengambil masa yang agak lama iaitu 5 jam. 


Jalan yang sangat jem dari Kuala Lumpur hingga ke Bentong menyebabkan kami migraine sekejap di dalam kereta. Tapi Alhamdulillah kami keluar selepas Isyak, semua dah solat, jadi tak ada orang marah-marah dalam kereta. Pergerakan kereta amatla slow, kalau jalan kaki lagi laju. Kereta rosak pun banyak tersadai kat tepi dan tengah jalan. Kesian… kesian kat kami jugak sebab terpaksa meredah jem di malam raya. 


Masa sampai dekat simpang nak masuk lepar hilir, tiba-tiba jer Iyad bangun terus takbir raya. Ingatkan mengigau, rupanya betulla dia takbir. Kami sampai di rumah hampir pukul 3 pagi. Sesampainya di rumah masing-masing terus pengsan sampai la subuh. Sesudah solat subuh, kami sempat la berkumpul di dapur sambil berbual2 tentang perjalanan semalam. Mak dengan kak ana pun sampai awal sebab nak elak jem la kot. Yang tak dapat baliknya abang lie jer la.

Hampir jam 8 pagi, kami bersiap-siap untuk solat Hari Raya. Raya Haji solat awal sikit. Selesai solat, kami pulang ke rumah dan terus menghadap makanan yang telah sedia terhidang. Almaklumla ada orang masak kat rumah. Tahun ni kami tak buat apa-apa korban, so duduk kat rumah jer la. Ada la jugak budak-budak datang beraya kat rumah. Siap makan, apa lagi berkumpul adik-beradik sembang-sembang sampai tengahari. Lepas tu makan lagi. Tu jer la keje kami sampai petang. 


Cuaca yang agak redup kadang-kadang hujan membuatkan kami malas nak bergerak kemana-mana…yang penting dapat berkumpul dengan keluarga. Hampir jam 12 tengahari, boleh pulak saya rasa mengantuk, semalam tak cukup tidur so, ganti tidur balik ni. Kak ina, kak ana ngan kak ani duk bakar sattey kat dapur, anak-anak buah duk melayan kawan-kawan yang datang. Adik Lan pun tidur jugak, mengalahkan orang yang tak cukup tidur ni. Semalam tak dapat nak tidur dalam kereta, kesian Abg Ain bawak kereta sorang-sorang. Takut juga kalau driver tidur. 


Kami kena dapatkan rehat yang cukup sebab malam nanti dah kena bertolak balik KL. Esok saya kerja, tak dapat cuti nak wat cemana. Saya dah bagitahu pada diorg, balik jer la, org boleh balik hari minggu tapi kak ina cakap tak apa la kita balik sekejap.Agaknya kesian, saya tak pernah raya sorang-sorang di perantauan. Tu la pentingnya adik-beradik.