Sempat berposing dengan artis hehe..:)
Hari pertama di Jom Heboh..Kami bertolak dari rumah pukul 10.30 pagi. Janji dengan ayie nak jumpa kat sana pukul 10.00 la konon pukul 10.30 kat umah lagi. Sesampai jer kat stesen Bukit Jalil, saya agak terkejut la dengan orang yang ramai tu. Bersesak-sesak juga sebelum dapat lepas dari kaunter. Sebelum apa-apa saya dengan wan pegi makan dulu. Tambah tenaga sebelum ronda-ronda. Sementara Tunggu Ayie sampai, kami ambil la dulu apa yang kami nak makan. Memandangkan dah agak lama tak makan gulai kawah, saya mintak la orang kat gerai tu isikan gulai lembu tu. Dia bantai isi penuh semangkuk. Puas jugak la saya dengan si wan nak habiskan. Habis Diet saya hari ni, telan daging lembu banyak sangat. Sesudah makan kami pun memulakan operasi iaitu meronda ronda di kawasan Jom Heboh. Konon taknak la nampak pelik, baju dah elok pakai baju ladies, kasut pakai kasut tinggi, Jalan sikit dah lenguh. Kalau ikutkan saya ni, belasah jer pakai selipar jepun. Tapi memandangkan baju dah cantik saya batalkan hajat berselipar jepun. Setelah agak lama berpusing-pusing dalam orang ramai, kami pun berhenti la di salah satu booth. Ternampak la dua orang artis yang berposing-posing di atas pentas bersama peminat-peminat. Nak dibuat cerita, wan dan ayie pun nak g beratur untuk bergambar bersama artis berkenaan. Saya ni Follow kat belakang sebab nak amikkan gambar diorang. Tetapi untuk mengelakkan terlalu lama bergambar, pekerja kat situ yang tolong ambilkan gambar, So saya pun masuk skali la. Dapat juga la berapat-rapat dengan Fauziah gous dan Ikram Dynzli. Habis bergambar kami pun bergerak la ke gerai lain, dapat la wan bergambar dengan Intan Ladiyana. Penat la jugak jalan2. Disebabkan terlalu panas, kami pun ambil keputusan untuk balik. Tapi dengan serta merta jadual berubah bila melihat waktu yang masih awal. Dalam sakit kaki tu kami pun berjalan la ke Times Square untuk tengok wayang. Nasib baik la tiket awal. Selesai solat zohor terus masuk panggung. Agak best la cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Penat gelak Lepas Habis Tengok wayang kami terus balik. Dalam 5.30 jugak.
Hari kedua Jom Heboh, Ingatkan semalam nak beli tiket balik kampung boleh pulak lupa. Sekali lagi saya dengan wan keluar untuk beli tiket. Kali ni tak ajak la ayie, kesian dia nak datang jauh-jauh. Lepas beli tiket kat stesen Bukit Jalil, kami terus naik ke tapak pameran. Tengok orang ramai semacam, singgah la sekejap. Sempat la kami meronda-ronda di kawasan Melodi, booth Cereka. Sekali lagi bergambar dengan artis. Wan nak sangat bergambar ngan adik Mia Sara, akhirnya dapat pun. Siap ley peluk-peluk lagi. Disebabkan cuaca yang terlalu panas, terpaksa la kami balik. Pukul 2 dah sampai rumah. Esok kerja, penat jer dapat. Tapi takpa dapat hilangkan boring dan tension.
No comments:
Post a Comment