Musim raya haji dah tiba, sehari sebelum raya semua org kerja. Saya kerja, kak ina dengan abang ain pun kerja. So, terpaksala kami balik malam raya. Perjalanan ke kuantan biasanya memakan masa dalam 2 jam lebih, tapi malam tu kami mengambil masa yang agak lama iaitu 5 jam.
Jalan yang sangat jem dariKuala Lumpur hingga ke Bentong menyebabkan kami migraine sekejap di dalam kereta. Tapi Alhamdulillah kami keluar selepas Isyak, semua dah solat, jadi tak ada orang marah-marah dalam kereta. Pergerakan kereta amatla slow, kalau jalan kaki lagi laju. Kereta rosak pun banyak tersadai kat tepi dan tengah jalan. Kesian… kesian kat kami jugak sebab terpaksa meredah jem di malam raya.
Masa sampai dekat simpang nak masuk lepar hilir, tiba-tiba jer Iyad bangun terus takbir raya. Ingatkan mengigau, rupanya betulla dia takbir. Kami sampai di rumah hampir pukul 3 pagi. Sesampainya di rumah masing-masing terus pengsan sampai la subuh. Sesudah solat subuh, kami sempat la berkumpul di dapur sambil berbual2 tentang perjalanan semalam. Mak dengan kak ana pun sampai awal sebab nak elak jem la kot. Yang tak dapat baliknya abang lie jer la.
Jalan yang sangat jem dari

Hampir jam 8 pagi, kami bersiap-siap untuk solat Hari Raya. Raya Haji solat awal sikit. Selesai solat, kami pulang ke rumah dan terus menghadap makanan yang telah sedia terhidang. Almaklumla ada orang masak kat rumah. Tahun ni kami tak buat apa-apa korban, so duduk kat rumah jer la. Ada la jugak budak-budak datang beraya kat rumah. Siap makan, apa lagi berkumpul adik-beradik sembang-sembang sampai tengahari. Lepas tu makan lagi. Tu jer la keje kami sampai petang.
Cuaca yang agak redup kadang-kadang hujan membuatkan kami malas nak bergerak kemana-mana…yang penting dapat berkumpul dengan keluarga. Hampir jam 12 tengahari, boleh pulak saya rasa mengantuk, semalam tak cukup tidur so, ganti tidur balik ni. Kak ina, kak ana ngan kak ani duk bakar sattey kat dapur, anak-anak buah duk melayan kawan-kawan yang datang. Adik Lan pun tidur jugak, mengalahkan orang yang tak cukup tidur ni. Semalam tak dapat nak tidur dalam kereta, kesian Abg Ain bawak kereta sorang-sorang. Takut juga kalau driver tidur.
Kami kena dapatkan rehat yang cukup sebab malam nanti dah kena bertolak balik KL. Esok saya kerja, tak dapat cuti nak wat cemana. Saya dah bagitahu pada diorg, balik jer la, org boleh balik hari minggu tapi kak ina cakap tak apa la kita balik sekejap.Agaknya kesian, saya tak pernah raya sorang-sorang di perantauan. Tu la pentingnya adik-beradik.

No comments:
Post a Comment