Monday, February 14, 2011

~New Diet

Diet baru saya dengan wani, minum air 5 Liter setiap hari. Disebabkan minum terlalu banyak air hampir 10 kali pegi toilet. Pagi2 dah sakit perut.  Awal pagi jugak saya dapat berita dari wani, dia sampai MC cirit birit. Penangan Minum Air ke????. Tp kami takkan senang-senang nak mengalah.. Permulaan memang macam ni nanti dah lama-lama biasa la.

Tuesday, February 8, 2011

~ CuTi Hari RaYa CiNa~

 
Cuti hari raya cina tahun ni kami plan nak balik Terengganu. Hari selasa sy dah cuti coz dapat cuti hari wilayah. Hari rabu plak sy sengaja amik cuti. Dapat cuti panjang mcm ni best jugak. Hari wilayah sy dengan akak sy, kak ina pegi shopping kat Jalan TAR. Beli barang sikit2 untuk bawak balik kg. Hari esoknya tu pulak, kami duk rumah saja sebab petang nak bertolak balik kg. Sebelah pagi abg ipar sy keje lagi so kiter bertolak petang, takda masalah.
 
Kami bertolak dalam pukul 3.00 lebih. Kami singgah di kuantan dulu, rumah kakak sy yang sulong. Sampai sana dekat pukul 7 jugak la. Tidur kat situ satu malam dapat la duk bual2 sembang ngan anak-anak buah. Punya la lama tak dapat kumpul, malam ni semua ade.. Kami bertolak ke Terengganu keesokan harinya. Sampai kat kg petang sebab kami meronda ikut pantai dulu.
 
Kali ni cuti tak panjang sangat sebab kami cadang nak balik KL hari sabtu, risau takut jalan jem. Hari jumaat kami pegi jalan-jalan kat Bandar Kuala Terengganu. Singgah sekejap kat Pantai Batu Burok. Iyad main layang-layang. Kami makan-makan.
 
Hari sabtu sy janji dengan Dila nak g kenduri kawan kami, Suhada. Sy pegi dengan Dila, Mat li n Mat Jijo. Sorang lagi kawan sy kawen. Kat sana sy dapat jumpa ramai la kawan-kawan masa sekolah dulu. Kema datang dengan Husband n anak-anak dia. Midah pun ade..midah dah bertunang. 



Sy dapat soalan cepuemas daripada diorang tau… OJA Bila lagi???? Senyum jer la mampu. Maklumla single lagi. Kami g majlis ada tak lama, siap2 makan terus balik sebab masing-masing ade hal. sy pun nak bertolak ke KL petang ni jugak. Mak nak g rumak kak ani so, kami singgah kuantan sekejap hantar mak. Bertolak dari Terengganu pukul 3 & sampai kuantan pukul 6. Siap solat dalam 15 minit lepas tu terus bertolak ke KL.
 
Biasanya dari Lepar  ke KL kami ambil masa 2 jam lebih tapi kali ni lebih sikit sebab jalan jem. Sepanjang perjalanan, kereta memang banyak, R&R pun penuh dengan manusia. Kami rancang nak berhenti kat hentian Lanchang sebab biasanya tak da orang. Sesampai jer kat R&R Lanchang penuh kereta, orang pun penuh. Belum sempat masuk kawasan R&R kitorang terus ubah plan. Buat jamak ta’khir kat bentong.
 
Masa nak masuk simpang ke Bentong, dah perasan dah kereta berderet tapi takkan la sampai ke Bentong jem. Kami singgah rumah Mak abg Ain sekejap untuk solat. Abg ain nak mandi kejap, pening kepala katanya, mau tak pening seharian drive. Siap2 solat, makan semua dalam 40 minit. Taknak buang masa, harap2 jalan tak la jem macam tadi. Abg ain buat keputusan nak lalu Highway jer. Kalo lalu ikut jalan lama tak da la jem. Tapi jalan kg bahaya sikit.
 
So dengan redhanya kami masuk highway. Memang sangat mengejutkan, memang jem sampai ke Bentong. Abg ain dah ngantuk, banyak keta rosak kat tepi jalan. Jem ni berpunca kat tol bentong, dari banyak line nak jadikan 2 line, mau tak jem. Kebas jugak la  duk dalam keta. Lepas tol bentong ingat dah habis jem rupanya ade lagi….Plus terpaksa bukak jalan kontra. Sebab duk line paling kanan, abg ain masuk la jalan kontra. Naik cuak jugak, bas, lori kat sebelah. Last jalan kontra dekat bukit tinggi. Alhamdulillah, kat bukit tinggi dah takda jem dah, tapi kereta memang banyak. Abg ain bawak laju jer, kalo nampak keta slow dia bagi Hon. Keta slow tu la penyebab jem.
 
Sampai tol gombak tak da jem dah. Masuk KL memang best, jalan clear jer. Lepas hantar sy diorang balik Bukit Jalil, kak ina msg, jalan jem kat simpang nak masuk bukit jalil, Polis tutup jalan sebelah. Dekat pukul 12 malam jugak la sampai rumah..Lepas ni dah tahu benda mcm ni akan jadi, so kena plan perjalanan baik2. sangat penat. Tapi nasib baik esoknya hari ahad. So, sy ada masa satu hari nak rehat. Balik kg kali ni tak sempat nak g jumpa kawan-kawan masa belajar dulu. Jadual full. Takpa la maybe next time la. Orang tu dah keje, boleh la suh belanja..hehe:D

Befday Gurl

Hari terakhir Jualan Gudang jatuh pada hari lahir sy (30 Januari)..so, kwn2 Logistik celebrate la. Malu plak da tua2 dapat kek. Thanks pada semua coz berada di cc sy selama ni. Thanks jugak pada boyfren2 logistik sebab beli kek. walau pun sibuk dengan jualan gudang dan hujan sepanjang hari, sempat lagi korang curi masa g beli ke....

kek yang ke 25 tahun



kiter potong kek dulu!!!

Wit JJ


Ni la Abe yang slalu buat saya nek darah. Tp Ok orgnya.


Ayie yang malu2 kucing


Kiter makan dulu


Rock!!! kata JJ.


sisa-sisa terakhir


Hajar yang Sweet..


Razman n Abg Mus