Thursday, March 8, 2012

The Red Worrior vs Navy Bank Vietnam

Kali ke berapa yer kita pergi menonton bola kat stadium wan faizatul???.. Pada mulanya tak tahu pun ada game 7/3/2012. Bila ada orang buat-buat ajak ataupun lebih manja dengan ajak-ajak ayam.. semangat la nak pegi hehehe kemain lagi yer.. Bio la ajak-ajak ayam pom.
Tunggu abe-abe klate tak sampai-sampai

Saya, wan n Jihan sampai awal sebab kami maghrib kat sana. Dengan keadaan tak menentu sekejap hujan sekejap berenti seram jugak kalau-kalau hujan sebelum beli tiket. Agak terbatas la pergerakan.

Sebab hujan lebat so, kami masuk dulu la sambil-sambil tunggu diorang yang lain (En Asyraf + En Din + Kazen + Kawan). Ade ke patut kat rumah lagi memang sah-sah la lambat. Tapi tak kesah la tengok bola enjoy jer..Tunggu punya tunggu sampai game dah start pun diorang belum sampai. Dah start dalam 10 minit baru la sampai. Padan la lambat nek kereta. Jem la jalan. Mama ain tak dapat datang sebab kena buat kerja sekolah, nanti “CIKGU” marah pulak kalau tak siap. Kami amik baik punya port. Tingkat paling atas. Saja jer nak suruh kita naik tinggi-tinggi. Tapi takda hal pom hehehe. Atas pun atas la. ok jugak duk atas takda orang lain kiter jer. This time a bit suka tak tahu kenapa hahaha.

Game dah start, tapi masih ramai yang lepak kat tangga..kat mana-mana pun tetap bersemangat (^_^)

Sambil-sambil menonton sempat lagi kita snap-snap gambar untuk kenangan J

Separuh Masa kedua, hujan turun dengan lebatnya..padang dah jadi macam sawah penuh dengan air. Tapi permainan tetap diteruskan jugak. Kesian Vietnam datang jauh jadi macam ni pulak. Tapi nak buat macam mana kan kita tak tahu nak hujan lebat. Diorang main pun kelakar dah jadi macam jaguh kampung. Berebut bola macam kat padang Astaka kat kampung.

 Muuuaaaaah!!!

hahahaha

Game tamat pun hujan tak berhenti lagi makin lebat ada la. Nak taknak kena redah jugak la sebab datang dengan tren. Kami lari dalam hujan  masa tu rasa macam lirik lagu ni “ di dalam hujan lebat ku membawa diri, petir berdentam dentum” sempat lagi main hujan. Habis basah baju. Nak boleh sampai kat kereta sejuknya lambat perjalanan. Orang yang datang dengan kereta pun basah jugak. Kita yang naik tren ni lagi la.

jeng jeng jeng TRW

Pengalaman pertama tengok bola balik dalam hujan. Dan keesokan harinya dapat berita Kuala Lumpur banjir ~


Monday, March 5, 2012

PERINDU YANG SETIA

Merindui seseorang sangat menyeronokkan. Dibuai perasaan sendiri. Lebih manis jika orang yang dirindui turut merindui kita seperti mana kita. Tetapi amat menyakitkan bila rasa rindu dan sayang tidak dapat diungkap dengan kata-kata..Terpaksa memendam rasa. Semuanya kerana untuk menjaga hati pihak lain, juga untuk menjaga persahabatan yang sedang terjalin agar tidak terganggu oleh mainan perasaan.



Rasa ini datang tanpa diundang dan tidak mahu pergi dari hati. Sesekali terpaksa menitiskan air mata untuk meredakan rasa yang tersimpan. Pada siapa mahu diluahkan. Tiada siapa yang memahami. Rasa takut untuk berkongsi

Kadang-kadang rasa yang berputik mampu meruntuhkan persahabatan yang telah lama terjalin. Begitu juga persahabatan yang baru sahaja terbina, mungkin akan renggang dan tidak dapat diteruskan. Untuk menyelamatkan keadaan ada baiknya disimpan saja rasa itu. Moga-moga suatu hari nanti Allah S.W.T akan memberi jalan yang terbaik menuju kebahagiaan.