Monday, March 5, 2012

PERINDU YANG SETIA

Merindui seseorang sangat menyeronokkan. Dibuai perasaan sendiri. Lebih manis jika orang yang dirindui turut merindui kita seperti mana kita. Tetapi amat menyakitkan bila rasa rindu dan sayang tidak dapat diungkap dengan kata-kata..Terpaksa memendam rasa. Semuanya kerana untuk menjaga hati pihak lain, juga untuk menjaga persahabatan yang sedang terjalin agar tidak terganggu oleh mainan perasaan.



Rasa ini datang tanpa diundang dan tidak mahu pergi dari hati. Sesekali terpaksa menitiskan air mata untuk meredakan rasa yang tersimpan. Pada siapa mahu diluahkan. Tiada siapa yang memahami. Rasa takut untuk berkongsi

Kadang-kadang rasa yang berputik mampu meruntuhkan persahabatan yang telah lama terjalin. Begitu juga persahabatan yang baru sahaja terbina, mungkin akan renggang dan tidak dapat diteruskan. Untuk menyelamatkan keadaan ada baiknya disimpan saja rasa itu. Moga-moga suatu hari nanti Allah S.W.T akan memberi jalan yang terbaik menuju kebahagiaan.

No comments:

Post a Comment