Majlis
Pelancaran Buku Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah bertajuk Masih Adakah
Ketuanan Melayu ? dan Cabaran Saudara Baharu di Malaysia….kami langsungkan di Kementerian
Pertahanan Jalan Semarak. Agak sukar untuk mengadakan program disana kerana
banyak prosedur dan security yang perlu dipatuhi. Tetapi atas permintaan Dr.
Ridhuan Tee kita teruskan juga, tak cuba tak tahu.. Majlis berjalan dengan
lancar seperti yang dirancang. Cuma ada sedikit kesulitan dengan catering VIP
tapi Alhamdulillah semuanya selesai dan kami dapat makan sedap….Audience
terdiri daripada pegawai-pegawai khas angkatan tentera dari kementah. Agak
memenatkan untuk habiskan satu program. Tapi takpa sebab malam kejadian saya
balik kampung untuk berpuasa dengan keluarga.
Bos Fahmi dengan penuh gayanya.. BOS merangkap MC pada hari kejadian.. Sian bos kena jadi pengacara majlis. Saya bukan tak boleh, cuma ada menteri saya rasa ada baiknya kita gunakan suara lelaki. Nasib baik bos sanggup. Fuhhhhh kalo tak memang saya kena la. Thanks Bos.
usher yang bertugas menjaga vip dan tetamu pada hari kejadian
Jom ke auditorium ~
Untuk pertama kalinya seumur hidup saya jadi pekerja katering dan setup meja VIP sendiri..Dasyat rasa. sangat memenatkan. Semuanya gara-gara pekerja katering tidak dapat masuk pada waktu yang ditetapkan. Hampir jam 12.00 tengahari makanan masih belum dihidangkan. Gigil rasa lutut, takleh bayang VIP + menteri naik nak makan tapi makanan belum ada lagi. Habis la... Nasib baik sempat hidang makanan sebelum VIP naik ke dewan. Menteri terpaksa balik sebab ada kecemasan di hospital.
Bersama Dr. Ridhuan Tee Abdullah
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia
No comments:
Post a Comment