Lepas beredar dari Masjid
Terapung Kuala Ibai
Petang-petang hari sabtu ni jem pulak kat Bandar, atas jambatan
duyong bederet kereta. Kalau tak jem ni sekejap jer boleh sampai. Ni kami gerak
pukul 5.00 petang, pukul 6.00 baru sampai. Takpa la air kelapa punya pasal..
heheheseronok dapat lepak ramai-ramai. Ni kalau lama lagi best. Selesai makan,
ma’mah bawak kami pusing-pusing dalam UMT.
Kami janji dengan zul n jik nak makan sotong celup tepung dengan air kelapa sebijik. So zul kata dekat teluk ketapang la banyak. Nak buat macam mana masa saya dengan wan datang Terengganu dulu tak dapat sotong. Kali ni datang drive sendiri nak cari jugak-jugak walaupun dah kenyang makan nasi umah ida..
Dah lama masing-masing tak masuk UMT. Dapat masuk ni rasa seronok sangat macam sirih pulang ke ganggang. Kami solat maghrib di masjid UnisZa. Selesai solat kami ke Giant untuk beli hadiah kahwin ida, hehehe ada pulak dah balik kenduri baru nak pegi beli hadiah. Nak beli kat KL tak sempat so beli kat Terengganu. Mangsa tukang hantar hadiah adalah ma’mah. Lepas tu kami terus gerak balik rumah. Penat sangat dah tak larat. Saya yang duk sebelah pun lembik driver lagi la.. hehehe balik kampung tak lekat kat umah.. sian mak anak-anak cucu dia balik jalan jer keje. Next Month kita balik lagi yer Mak.. =)
Solat kejap di Masjid Unisza
Selesai sudah acara kenduri kendara di Terengganu.
Kami gerak nak balik KL dalam
pukul 10.00pg. Sebelum balik kami singgah ambil keropok lekor yang saya dah
tempah semalam sebanyak RM 100.00 hengget. Beli kopok tak ingat dunia, maklum
la ramai kekasih hati di KL yang mengidam nak makan kopok lekor kena la beli.
Lagipun bukan selalu balik teganu. Perjalanan kami teruskan macam biasa. Dah
janji dengan Muhazam Yusoff nak singgah rumah dia. Lama tak jumpa zam..
Dengar-dengar kurang sihat tapi taknak cakap sakit apa. Takpa la sebab dah
tengah jalan kami singgah la jugak. Nak di jadikan cerita kami terlepas
simpang, dah terkedepan terpaksa la masuk simpang lain yang menyebabkan jarak
bertambah jauh..kesian sungguh la.
Kerana mu zam sanggup kami pusing. Last2 zam bagi petunjuk arah, kami ikut jer arah yang dia cakap sampai jugak kami kat umah dia. Sampai dalam pukul 1.00 petang, mak dia suruh makan nasi dulu. Sembang punya sembang dah pukul 3.
Serabai jer zam =)
Rasa macam nak gerak balik dah bila cakap nak balik zam cakap tunggu la dulu awal lagi, pukul 4...Ok la tunggu pukul 4 la. Sampai pukul 4 bising mulut dia suh duduk dulu tunggu esok la maklumla esoknya kami cuti. Duk lawan-lawan cakap hujan turun. ermmm pukul 5 jugak la kami gerak. Nampak zam hepy sangat-sangat dapat jumpa hamper 4 tahun tak jumpa. Puas la rasa. Balik kampung kali ni rasa macam cukup puas hati.
hehehe sempat lagi posing with my famaly kat UMP
Belumuih baby white ~
No comments:
Post a Comment