Assalamualaikum w.b.t. pertama kali saya ke festival belon panas ni sangat menyeronokkan dan menarik. Teruja tengok belon besar depan mata, kalau naik belon lagi la seronok. Kami pegi dah petang sebab sebelah paginya saya, wan , wani & Zura ke Wangsawalk.. Dah lama tak karaoke saja la lepas gian. Hehehe puas dapat jerit kuat-kuat takda orang nak marah.
Bertolak ke Putrajaya dalam pukul 4 petang, jalan agak clear, tapi jalan start jem bila sampai kat jambatan Putrajaya. Tak susah cari parking sebab dah ada orang block parking untuk kami. Bersama Pn. Aminatul, En Asyraf, En. Azihan dan lg dua orang sahabat AG n Ehsan kami pusing-pusing cari posisi menarik untuk menonton. Masing-masing bawak kamera canggih keje nak snap-snap jer la.
Ain nak naik belon tapi tak kesampaian sebab tiket dah habis. Ingatkan orang start jual petang. Rupanya kena dapatkan kupon dulu di sebelah pagi then sebelah petang tebus tiket dengan harga RM10. Tersangat la murah, memang sangat rugi tak dapat naik. Penganjur buka 300 tiket sahaja, kalau open untuk semua jawabnya minggu depan tak habis lagi. Maybe takda rezeki lagi tahun ni. Takpa tahun depan kita try lagi boleh bawak baby skali. Mesti lagi best..hehehe
Kawan kita En. D tak dapat nak ikut, macam-macam la keje dia..lepas tu sibuk cakap orang tak ajak..tapi takpa kita snap gambar banyak-banyak tunjuk kat dia. Kasi jeles sikit..hehehe kejam. Sory en. d sengaja...:P
Walaupun kami datang petang, orang masih lagi ramai macam semut..seronok tgk orang ramai-ramai macam ni. Macam-macam perangai. macam-macam gaya. Boleh hilangkan tension. =)
with mama Ain
En. Pulan sengih, jauh lagi dah nampak..riang ria hari raya waaaaaa (^_^)
Selesai solat isyak sempat lagi jadi model tak bertauliah kejap...orang lain sekejap jer, sampai turn Oja sikit punya lama..Penat kameraman duk snap-snap...Cun sangat kot tu yang tak menjadi tu. semua orang test power tapi semua tak menjadi apakah????? hahaha. Kena asah skill lagi yer incik incik sekalian. Sebelum balik, kami makan dulu penuhkan perut sambil-sambil dengar sahabat duk sembang, macam-macam cerita keluar. Maybe next time boleh join jagi aktiviti macam ni.
cun la tu... turn oja je dkt 40x snap...huhuhu
ReplyDeleteEh eh en. Pulan la ~
Delete