Kenapa perlu ditagih cinta dan kasih pada yang tak sudi, penat rasanya. Rasa seperti tiada tempat untuk mengadu, Hanya Allah teman setia. Rasa cinta yang bertandang adalah anugerah daripada Allah, kekecewaan ini adalah ujian sama ada kita kuat atau tidak.
Tak pernah timbul rasa menyesal dihati kerana mencintai dan menyayangi dia. Tetapi kecewa dengan diri sendiri kerana tidak kuat untuk berhadapan dengan situasi seperti ini. Terima kasih Allah kerana berikan aku cinta yang tidak ternilai ini, Alhamdulillah cintaku kepada dia tidak melebihi cintaku kepadaMu. Rasa kasih yang hadir mengajar saya menghargai perasaan sendiri dan orang lain.
Sampai bila mahu memendam rasa, bukan memendam tapi bertepuk sebelah tangan.. Semuanya telah terungkai, bertepuk sebelah tangankah saya ni, sepertinya tidak. Entahlah susah nak kata sebab tiada kata putus. Bila ditanya jawapan yang saya dapat hanyalah kebisuan. Bila diamkan diri, dia mengejar dari belakang kiri kanan dan depan. Hati terus ditawan. Rapuhnya hati ini, lemahnya diri ini bila dikaburi rasa sayang yang menggunung.
Hanya padaMU aku bersujud, hanya padaMU aku memohon moga diberikan jalan yang terbaik untuk hidupku. Tak terlintas dihati ini untuk menyakitkan hati sesiapa atau melukakan hati kaum hawa hanya kerana seorang lelaki. Nauzubillah. Kalau perlu mengalah untuk kaum hawa, itu yang akan saya lakukan. Dengan harapan seseorang itu mestilah jauh lebih baik dari saya dan boleh menyayangi dia lebih dari saya.
Mungkin saya bukan ditakdirkan untuk dia, dan bukanlah yang terbaik untuk dia. Semoga dia bahagia dengan hidup dia. Pertama kali saya merasa dengan seikhlas hati, kalau dia gembira saya pun rasa gembira. Pengalaman sebelum ni saya tak pernah ikhlas membiarkan orang yang saya sayang hidup bahagia. Mungkin ini la hadiah untuk kekhilafan saya sebelum ni. Dugaan Allah untuk menjadikan saya manusia yang kuat dan sentiasa dekat denganNYA. Dengan bersolat dan membaca ayat suci Al-Quran saya akan merasa lebih tenang. Tapi selama mana semua ini akan berterusan saya tidak tahu. Mungkin saya perlu lebih tegas selepas ini. Tidak terlalu membiarkan diri dikuasai anasir-anasir yang boleh melalaikan.
Tetapi seandainya dia tercipta untuk saya, semoga dipermudahkan segala-galanya, diberikan jalan terbaik untuk kami meneruskan hidup ini. Bukan mengharap, tapi kita manusia tidak tahu dan tidak terjangkau dek aqal percaturan Allah Taala. Maaf andai tulisan saya kali ini menggangu sesiapa. Tidak tahu mana lagi nak diluahkan. Ya Allah Redhakan lah hati ini berhadapan dengan ujianMU.
No comments:
Post a Comment