Saturday, August 13, 2011

Sendirian~

13 Ogos 2011 Bersamaan 13 ramadhan..
Berbuka puasa sendirian di rumah bujang..
Begini lah perasaan orang tua yang hidup sendirian di kampung.
Resah di dada tak siapa pun tahu. Semoga mak sentiasa sihat dan dilindungi Allah




Berbuka hari ni saya makan buah kurma tiga biji dengan sandwish tambah air 
kopi mak dara segelas. Sudah cukup untuk mengisi perut.
 Bukan tak mampu nak makan lebih dari itu, cuma saja nak makan sesuatu yang ringan. 
Rasa nak makan kueh yang manis, tapi petang tadi hujan nak keluar gi bazar pun malas, 
lagi pun sorang-sorang. Wan balik klang menyimpul..Lauk dalam peti ais ada lagi, 
ikan dengan ayam ada lagi, tapi tak rasa nak makan nasi. 
Nak makan bihun rasa macam muak sebab sepanjang puasa ni 
saya makan bihun sup, bihun tom yam. Tu la menu yang saya duk ulang-ulang. 
Roti ada lagi saya bakar jer la. Lepas tu saya masak sayur sikit 
agak-agak untuk 3 keping roti. Berbuka sorang tak perlu lah 
nak masak banyak nanti tak habis membazir pulak.



Saya masak sayur campur sengan daging ayam cincang 
dan juga udang yang saya cincang halus. 
Saya rebus sampai masak bersama dengan sayur bagi lembut. 
Bila dah masak saya toskan airnya kemudian 
saya gaulkan bahan tadi dengn cili kering wan faizatul yang telah 
dikisar oleh wan faizatul di kampung.Bila dah rata saya gaulkan dengan mayonis...
Sementara tunggu masa berbuka puasa saya simpan bahan 
yang dah siap tadi dalam peti ais, bagi rasa sejuk-sejuk sikit baru sedap. 
Bila makan memang la sedap.. buat sendiri sape nak puji, 
puji diri sendiri la..Tapi memang sedap tau dah layak kawen hehehe. 
tiap2 hari bagi makan sandwish. Saja gurau2.


Selepas berbuka saya solat maghrib. 
Dah siap solat baru la ada housemate balik. 
Baru balik kerja. Lepas tu saya buat rutin harian 
masa zaman sekolah sampai la sekarang. 
Selesai bertadarus terasa kelaparan la pulak. 
Tadi masa berbuka saya makan dua keping sandwish 
tu pun dah rasa muak. saya minum air masak jer la. 
nanti lepas isyak la sambung makan.



Selepas solat isyak saya buat terawih 20 rakaat. 
Alhamdulillah selesai semua saya lepak depan TV sambil makan. 
Hampir pukul 10.30 saya masuk bilik layan TV 
kat dalam bilik sambil layan blog. 
saya ni terlalu mentah dalam penulisan blog, 
masih bertatih kata orang.
saya taip jer apa yang keluar di fikiran dan apa yang saya rasa..
Esok macam mana la pulak hidup saya. 
Masih berbuka sorang atau berdua 
atau bertiga kita tak tahu.
~Wallahualam.~

No comments:

Post a Comment