Pada pagi sabtu hujan turun renyai-renyai, tetapi memandangkan rancangan telah di atur awal sebelum ini, jadi saya keluar jugak dari rumah. Berjanji dengan rakan-rakan jam 10.30 pagi menyebabkan saya bangun seawal 6.15 pagi. Selesai Solat subuh, saya ke dapur melihat apa yang patut. Mak dah siapkan sarapan walaupun semalam katanya taknak masak. Sebelum keluar saya sempat la minum seteguk air. Saya terpaksa ke Pekan Kuala Berang untuk membeli tiket ke Kuala Lumpur sebelum ke Bandar bertemu rakan-rakan. Hampir jam 11 pagi saya sampai di Bandar. Kesian kawan-kawan terpaksa menanti si cantik ni hehe…Sudah agak lama tidak bertemu, hari ni saya dapat bersua muka dengan kawan-kawan universiti ~ Suhada Nordin a.k.a Ida, Roziz a.k.a Jik, Zulkifli Awang a.k.a Zul, Rahimah a.k.a m’mah dan Rabihah a.k.a B. Kami berkumpul di KFC Kuala Terengganu. Seronok bersembang setelah setahun lebih menamatkan pengajian. Ada yang dah kerja, ada yang belum ada kerja, yang penakut dulu pun dah beli kereta…Best kan. Arap-arap nanti sampai turn saya pulak. Setelah selesai solat Zohor, kami ke Taman Syahbandar. Masing-masing datang dengan kenderaan awam, so tak dapat la nak pergi jauh. Biha sampai agak lewat dalam pukul 2 petang. Dah makin kurus dah. Kami ambil keputusan untuk ke pantai batu buruk memandangkan kat Taman Syahbandar takda apa yang menarik. Kami singgah di deretan kedai berdekatan pantai batu buruk. Makan lagi!!! Biha belanja. Kata Biha tunggu saya balik lagi sekali kita g makan ikan bakar kat Gong Badak pulak. Cepatnya masa berlalu, sedar-sedar dah hampir jam 4 petang. Saya kena balik nanti takda bas. Sebelum berpisah kami sempat bergambar di pantai batu buruk. TQ semua nanti kiter jumpa lagi yer kawan-kawan. Luv U oll.
Pic ni jer yang ade dalam enset saya, nanti bila m'mah bagi gambar lain saya upload lagi...
M'MAH
ZUL
Pic ni jer yang ade dalam enset saya, nanti bila m'mah bagi gambar lain saya upload lagi...
New Pic yang sy dapat dari ma'mah untuk tontonan semua.