Akhirnya waktu dan ketika yang dinanti pun tiba...........................
Memulakan perjalanan seawal jam 10.00 pagi. Rasa macam malas nak bangun tidur. Sayangnya bantal dengan selimut ni. Hari ni hari jumaat kami ambil cuti kerana perjalanan yang agak jauh dan memakan masa yang panjang. Badan pun penat. Berenti isi minyak di petronas Tesco Ampang sekejap. Saya dengan my driver meneruskan perjalanan, semoga selamat sampai kedestinasi dengan selamat........
Call my sis bagitahu nak singgah
Universiti Malaysia Pahang ambil anak sedara saya. Saya ajak dia sama ke
Terengganu jenguk-jenguk tok kesayangan..Sis cakap nak kirim barang dapur sikit
untuk Mak, ingatkan dia nak kaeluar ke UMP..tapi sebab kami sampai awal, kami
jer la masuk ke Felda Lepar Hilir 3, Gambang. Turun susur Maran dekat sikit
ikut jalan belakang. Turun-turun kereta, abang ipar cakap nak tengok anak
beruang.. eeuuuuuuuu En. Zul cakap saya anak beruang.. Macam beruang sangat ke,
isk3 kena diet ni. Zuraini cakap dulu abah dia suka kata kat dia anak gajah..
Mana lagi teruk, anak gajah ke anak beruang ~hohohoh tragis sungguh la. tak hitam pon =(
Singgah umah mysis makan nasi dulu, sempat la jumpa Adik tersayang dulu Adik Lan, a.k.a Roslan Ab. Razak..Dalam pukul 1.00 tengahari kami ke UMP untuk ambil zura, then terus ke Terengganu. Sampai umah Mak dalam pukul 3.30 petang. Perjalanan yang agak mencabar sebab Highway Jerangau Jabor jalan dua hala , banyak lubang dan banyak lori.. Ada ketika mydriver terpaksa potong lori sebab perlahan sangat geraknya. Kalau tak potong jadi kereta api la. Lori penuh muatan jalan dah macam ayam.. Kalau ore klate kata “nyo wak aye lori” hehehe. Lubang pun banyak, tak tahu la bila nak elok jalan ni.
Rasanya tak elok dah kot sebab jadi laluan utama lori. Sape-sape yang nak jadi calon saya kena bersedia mental dan fizikal la lalu jalan tu. Ada orang tu dah taknak lalu kat situ terkehel katanya huhuhu. Kalau tak sudi lalu jalan tu maknanya tak sudi dengan saya la tu wawawawa. Kalau nak best sikit kena naik Highway LPT Fasa dua. Dah siap tapi saya belum pernah lalu lagi. Nanti ada kereta sendiri boleh la cuba redah. Sampai umah Mak bising sebab tak bagitahu bertolak masa mana, mak tak masak apa-apa.. hehehe sorry mummy, takpa kami dah makan umah kak Ani..Zura kata dia lapar kat dapur ada Nasir Dagang. Makan nasi dagang la. Masing-masing tak berapa sihat, saya dengan wan batuk lagi so kami tidur sampai petang.. Tapi terpaksa bangun awal sebab nak keluar sebelum maghrib.
Kami Keluar dari rumah agak awal dalam jam 6.15 petang.
Janji dengan Rahimah nak jumpa kat
Masjid putih sebab tak tahu jalan nak pegi rumah ida. Kata ma’mah ida nikah
lepas Isyak sebab tu kami awal sikit malas nak serabut dengan orang.
Lepas solat maghrib bila ma’mah sampai kami gerak ke Kuala Ibai. Sampai-sampai kenapa tak
ramai orang, risau jugak.. masing-masing dah cuak. Last2 jom la kita naik
ke rumah.. Masuk jer rumah, mak ida tengok jer kami ni, saya terus tuju mak dia
nak salam, mak dia pandang jer macam tak kenal last2 saya cakap mak cik oja
ni. haaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!! terkejut mak cik, oja ker bakpe lainnnnnnn, hehehehe bakpe koho
comey, koho selim...hehehe. Saya segan hehehe, cakap la kat mak cik takda la
biasa jer. Maybe lain malam tu sebab saya pakai jubah gelap tu nampak lain tu.
Tanya la mak cik kenapa takda orang lagi, kat luar pun belum siap apa-apa, kata
nikah lepas isyak.
Pastu dia kata nikah kul 10.00 malam.. Hehe betuah punya
ma’mah, salah info la kami. Kalau tahu keluar jer lepas isyak. Patut la masa
kami sampai ida pengantin malam ni releks jer dengan tshirt dan kain batik.
Belum mandi lagi.. Ish3. Tak apa la duduk la sembang-sembang, orang-orang tua
kat situ semua ramah.
Aku Terima Nikahnya =)
Sebelum belah laki sampai tuan rumah jemput kami makan dulu nanti lambat pulak. So kami pergi makan dulu. Lepas dan siap-siap sampai la kawan-kawan lain, kak zila, sue, ain dan yang lain-lain tak kenal. Hampir jam 10.00 mlm pengantin laki dengan family dia sampai. Berlangsunglah acara Akad Nikah..
Dengan sekali lafaz, mas kahwin sebanyak RM 1284.oo Ida sah menjadi milik Man. Tahniah kawan!!!! Semoga bahagia sehingga ke syurga..Semoga hidup diberkati Allah bersama suami dan bakal anak-anak InsyaAllah..
Alhamdulillah semua dah selamat
Batal air semayang~
Kawan-kawan ambil berkat
menjadi saksi penyatuan dua hati, tersentuh hati ~ Bilakah masanya
Pagi sabtu, tempat wajib pergi
kalau balik Terengganu adalah Kuala Berang. Kalau balik dengan adik beradik
kami suka beli lauk pastu masak untuk makan tengahari. Tapi kali ni saya balik
sebab ada event so memang tak sempat nak masak. Mak pun tak berapa nak beli
lauk sebab takda orang nak makan.. Kami just pusing-pusing beli kueh. Pastu
beli kapok keping sebab ada orang kirim.
Nadia!!!!!
Kami gerak pergi kenduri ida lepas solat zohor. Ma’mah pun habis program dalam jam 2.30 petang jugak. Sampai kat Pantai Batu Buruk hampir pukul 3.00 petang sebab jalan sedikit jem dan tunggu ma’mah. Make-up lebih kot tu yang lambat sikit. Hehehehe. Kami sampai jer tengok pengantin laki tengah baiki sampin dia. Isk3 warna hijau, malu pulak nak jalan sebab saya pakai tudung caler hijau sama pulak dengan uniform pengantin. Tapi kena jalan jugak sebab kami dah lewat hehehe.
ececec sampai tumpah air korang buat~
sweet kan kami
Dah lama tak duduk di kerusi pengantin..Last duduk masa kenduri Ros kawan sekolah dulu. Lain2 ada jugak bergambar atas pelamin tapi takda la duduk kat kerusi pengantin. Dapat duduk ni rasa macam comey la pulak ~ hahahaha dah mula la gatai merenyam dia. Sempat la kami snap-snap picture dengan pengantin. Masuk waktu asar kami gerak ke Masjid Terapung untuk solat kemudian gerak ke destinasi lain plak.
Masa turun dari rumah ida ternampak 2 orang jejaka idaman Malaya, hehehe En Zul dengan Jik. Kata tak sure nak datang tengok-tengok duk makan dah. Dasyat betul diorang ni. Makan dulu penting. Dari jauh nampak dah sengih =)